Sabtu, 24 November 2012
Rabu, 7 November 2012
Ahad, 4 November 2012
CARA KAWAL MARAH
JIKA
ANDA BERSABAR DALAM SEDETIK KEMARAHAN,ANDA AKAN TERSELAMAT DARIPADA KEDUKAAN
SERATUS HARI-PEPATAH CINA
Ubah
Cara Berfikir
ORANG yang sedang marah cenderung menuturkan
kata-kata yang kurang enak didengar,dan mencerminkan apa yang bermain di
fikiran mereka.Ketika marah, pemikiran akan menjadi terlalu negativ dan
dramatik.
Cubalah
ubah pemikiran sebegini dengan sesuatu yang lebih rasional.Misalnya,daripada
berkata, “Oh teruknya,dasyatnya,musnah segalanya”,cubalah pujuk diri anda dengan
berkata,” ia amat mengecewakan dan saya sedih mengenainya ,tetapi dunia belum
kiamat dan marah tidak akan menyelesaikan masalah.”
Berhati-hatilah
terhadap perkataan-perkataan seperti “tidak” atau “selalu” apabila bercakap
mengenai diri anda dan orang lain.”Mesin ini tidak pernah bekerja dengan
baik”ataupun “Awak selalu lupa” bukan saja kata-kata yang kurang tepat malah ia
juga membuatkan anda beraa kemarahan anda berasas dan tidak ada jalan untuk
menyelesaikan masalah.
Ia
juga meminggir dan memalukan orang lain yang sebaliknya mungkin bersedia untuk
berdamai dengan anda.
Ingatkan
diri anda bahawa berasa marah tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.Ia
tidak akan membuatkan anda berasa lega ( dan sebaliknya membuatkan anda berasa
lebih dahsyat lagi).
Lojik
mengalahkan kemarahan kerana perasaan marah sekalipun wajar,boleh bertukar
menjadi tidak rasional.Jadi gunakan lojik (walaupun tidak menyelesakan) kepada
diri anda.Ingatkan diri anda bahawa “dunia bukannya hendak bernusuh dengan
anda”,anda Cuma sedang berdepan dengan saat-saat sukar dalam kehidupan.
Lakukannya
setiap kali anda berasa marah hanya mengeluarkan yang terbaik bagi diri
anda,dan ia membantu anda memperoleh perspektif yang lebih seimbang.
Orang
yang pemarah cenderung menuntut banyak benda : dilayan dengan
elok,dihargai,disepakati,bersedia melakukan sesuatu mengikut cara yang
digemarinya.
Semua
orang mahukannya,dan kita semua terlika dan kecewa apabila tidak
memperolehnya.Tetapi orang yang marah menuntutnya ,dan apabila tuntutan mereka
tidak dipenuhi,kekecewaan mereka bertukar menjadi kemarahan.
Sebagai
sebahagian daripada penyusunan semula kognitif mereka,orang yang marah perlu
menyedari bahawa sikap mereka yang suka menuntut dan menterjemah jangkaan
mereka menjadi keinginan atau hasrat mereka.Dalam perkataan lain,mengatakan
“saya ingin” adalah sesuatu yang lebih menyihatkan daripada mengatakan “saya
menuntut” atau “saya mesti mendapatkannya”.
Apabila
tidak mampu mendapatkan apa yang dihajati,anda mula berasa kecewa,sedihdan
dilukai-tetapi tidak marah sebagai satu cara untuk mengelak daripada
dilukai,tetapi itu bukan bermakna kelukaan itu hilang begitu saja.
Memperbaiki Komuikasi
Orang
yang pemarah cenderung “melatah” dengan mudah membuat kesimpulan yang
kadangkala tidak tepat.Perkara pertama yang perlu diambil jika anda terbabit
dalam perdebatan yang hebat ialah bersabar dan berfikir menerusi respons
anda.Jangan sebut perkara pertama yang muncul di fikiran.Fikir dengan teliti
sebelum anda bersuara.
Pada
masa yang sama,dengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh orang lain dan
ambil sedikit masa sebelum anda menjawab.
Adalah
perkara biasa jika anda cuba membela diri apabila dikritik tetapi jangan
melawan.Sebaliknya dengarlah kata hati anda:mesej nahawa orang ini mungkin
berasa terpinggir atau tidak disayangi.
Anda
mungkin perlu banyak bersabar dan beri ruang untuk bernafas,tetapi jangan
biarkan kemarahan anda,ataupun kemarahan orang lain menyebebkan perbincangan
tidak dapat dikawal.Bersabar sambil cuba bertenang boleh mengelak keadaan
menjadi bertambah teruk.
Ubah
persekitaran
Kadangkala
perekitaran boleh menyebabkan kita meradang dan marah.masalah dan tanggungjawab
boleh membebankan anda dan membuatkan anda marah dengan “perangkap” yang anda
telah terjebak ke dalamnya dan kepada kesemua manusia dan benda yang membuat
perangkap itu.
Kasihani
diri anda.Pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri ketika anda
benar-benar tertekan.
Selasa, 23 Oktober 2012
MAKLUMAN 23/10/2012
Guru-guru diminta "key-in" markah melalui SAPS dengan secepat mungkin.Tarikh akhir 28 Oktober 2012.
- Analisis+Semakan markah 29/10/2012
- Pembetulan markah melalui SAPS 30/10/2012
- Kehadiran murid sehingga 19/10/2012
- Guru tingkatan perlu key-in ulasan
- Guru matapelajaran tingkatan 1.Sila kemaskini SPPBS hari ini 23/10/2012 hingga September.
- Sila kemaskini kursus & LDP Panitia di SPLG sebelum pengetua memantau dan mengesan pada Isnin depan.
Langgan:
Catatan (Atom)