Khamis, 7 Mac 2013
Isnin, 4 Mac 2013
Belajar SYUKUR daripada Buah Tembikai
Bersyukur itu suatu
ungkapan indah yang sering diungkapkan dalam kehidupan seharian.Bersyukur dengan
segala nikmat yang ada menjadi watak khusus insan yang berjaya.Sayangnya, ruang
lingkup syukur itu semakin sesak nafasnya ketika melalui liku-liku peradaban
insan moden.Terkadang medan syukur hanya tika ganjaran dunia selari dengan nafsu
serakahnya dan tak kurang juga "syukur bersyarat" yang mana hanya terbit lafaz syukur itu setelah perkara yang terjadi selari dan bertepatan dengan kehendak dan selera kita
.Dimana letak sabar?Dimana letak redha…persoalan yang kian pupus dalam definisi hakikat
syukur yang sebenarnya.Disini,marilah kita renungkan makna syukur yang terselit
dalam cerita pendek ini.Nilai kembali dimana syukur kita berada?Di sebalik mainan kata pemanis bicara atau benar
pada tempatnya.Walau hanya ceritanya tentang buah tembikai,layar maksudnya
menembus sempadan budi,menghidupkan akal mematikan nafsi.
Seorang lelaki soleh pulang ke rumah
dengan membawa sebiji tembikai( ada orang panggil timun Cina :)). Dia membeli
buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya:
"tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.
Melihat isterinya yg merungut itu, suami
berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tau"
Suami: " Pada pendapat awak,
semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang
manis"
Suami:" Ketika penjual sedang
menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin
menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya: "
Ketika peraih(orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka
agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung."
Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti
manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis,
pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah
buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang
manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.
Orang soleh itu tersenyum pada
isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan
buah yang manis,sebaliknya pula yang berlaku.Buah tembikai itu tawar
rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.
Marahkan
siapa?
'Jadi ketika awak marah tentang rasa
tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang
inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,
Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual
atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan
rasa tawar?"
Adab ketika makan: Janganlah kita
mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak
suka, kita tinggalkan sahaja. Pengajarannya: Rezeki itu ditentukan Allah. Jika
kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang
memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan
lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah
yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.
Kita mestilah belajar bersyukur.
Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur
dengan yang banyak?
Saya terbaca cerita menarik ini dari
karangan penulis Pahrol Mohd Juoi: Nota FIKIR untuk ZIKIR.
Perjumpaan Peningkatan Profesionalisme Pengetua & Guru Besar Bil 1 Tahun 2013
Bahan Perjumpaan Peningkatan Profesionalisme Pengetua & Guru Besar Bil 1 Tahun 2013
Sila klik di pautan ini:
Perjumpaan Peningkatan Profesionalisme Pengetua & Guru Besar Bil 1 Tahun 2013
Sila klik di pautan ini:
Perjumpaan Peningkatan Profesionalisme Pengetua & Guru Besar Bil 1 Tahun 2013
Sabtu, 2 Mac 2013
Jumaat, 1 Mac 2013
Rabu, 27 Februari 2013
Islam, Jantina Dan Seks
Apabila Majlis Fatwa
Kebangsaan mengharamkan Pengkid, saya tertanya-tanya: “Apakah
Pengkid?” Agak ketinggalan dalam istilah-istilah seumpama ini, saya
membuat sedikit kajian dan bertanya kepada beberapa rakan yang lebih
terkini dengan istilah-istilah sedemikian. Memeranjatkan, ia
merupakan salah satu daripada beberapa istilah yang digunakan bagi
menerangkan keadaan seseorang dari aspek jantina dan kecenderungan
seksualnya.
Sedikit kajian yang
dilakukan itu menemukan saya dengan beberapa istilah lain yang duduk
dalam subjek yang sama, yang dapat saya ringkaskan sebagai berikut:
-
Transgender: Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti lelaki.
-
Tranvestit: Lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan seperti lelaki.
-
Transeksual: Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin.
-
Homoseksual: Orang yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya. Lelaki yang membuat hubungan seks dengan lelaki disebut sebagai Gay manakala wanita yang membuat hubungan seks dengan wanita disebut Lesbian. Lawannya ialah Heteroseksual, iaitu lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki. Ini adalah hubungan yang betul lagi normal dan dihalalkan oleh Islam melalui pernikahan yang menepati rukun-rukunnya.
-
Bi-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan lelaki. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita.
-
Tri-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita, lelaki dan transeksual. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki, wanita dan transeksual.
-
Pengkid: Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Di kalangan Pengkid ada yang berpenampilan sebagai lelaki.
Tujuh aspek jantina dan
kecenderungan seksual seseorang sepertimana di atas tentu saja
berbeza dari fitrah manusia dan norma kehidupan. Akan tetapi atas
lencana kemodenan dan kebebasan peribadi, ia dianggap biasa dan
boleh ditonjolkan kepada khalayak ramai. Namun apakah hukumnya
menurut Islam? Dalam penulisan yang sederhana ini, saya ingin
berkongsi dengan para pembaca sekalian hukumnya berdasarkan
al-Qur’an dan al-Sunnah, juga jalan penyelesaiannya, insya-Allah.
Jika dikaji
ketujuh-tujuh aspek jantina dan kecenderungan seksual di atas, ia
dapat dihimpun kepada tiga kategori hukum. Pertama:
Hukum menyerupai jantina yang berbeza, Kedua: Hukum mencintai
jantina sejenis umpama pasangan hidup dan Ketiga: Hukum
melakukan hubungan seks dengan jantina sejenis.
Hukum Menyerupai Jantina Yang Berbeza.
Dalam bab ini
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami
siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang
menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan
sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir). Bahkan ‘Abdullah ibn
‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat
lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
(Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab
ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah r.a..
Berdasarkan hadis-hadis
ini, jumhur ilmuan mengatakan haram hukumnya untuk seseorang itu
berusaha menyerupai jantina yang berbeza dengannya, baik dalam
bentuk tingkah laku, penampilan, pakaian mahu pun perhiasan.
Larangan ini termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang belum
baligh, di mana haram hukumnya bagi ibubapa atau penjaga kanak-kanak
itu berusaha menyerupakan mereka dengan jantina yang berbeza. Dr.
Jamil bin Habib al-Luwaihiq menjelaskan:
Langgan:
Catatan (Atom)