Sabtu, 26 April 2014
Ahad, 20 April 2014
Selasa, 15 April 2014
Rabu, 9 April 2014
Isnin, 7 April 2014
HATI LUKA KERANA BISA KATA-KATA: LIMA GAYA BAHASA PERLU DIELAK KETIKA BERKONFLIK
Ucapan dan gaya percakapan kita akan memberi kesan besar ke
atas tindak balas dan perlakuan orang lain terhadap kita.
Sewaktu
kita berkonflik,kita gemar melakukan serangan mulut untuk memenangi
pertengkaran berkenaan.Setiap pertengkaran pasti berakhir kerana tidak ada
manusia yang boleh bercakap sehingga setengah hari dalam nada tinggi.
Malangnya
walaupun pertengkaran sudah berakhir,luka di hati pasangan kita mungkin belum
sembuh,malah akan terbawa-bawa bertahun-tahun lamanya .Ia terjadi akibat serangan
mulut yang kita lakukan terhadap mereka ketika berkonflik.
Bahasa merendahkan
Ramai orang yang mempunyai kelebihan dari segi
kelulusan,pengalaman, bakat, harta, dan pencapaian.Tetapi ia bukanlah lesen yang
membolehkan kita untuk merendah-rendahkan orang lain dengan menunjukkan kita
mempunyai kelebihan ke atas mereka.
Sifat
angkuh bukan disebabkan oleh kekayaan, pencapaian dan bakat, tetapi ia berpunca
daripada sikap seseorang.
Ada
sesetengah orang yang memiliki pencapaian bagus gemar untuk merendah-rendahkan
orang lain.Mereka mungkin tergolong dalam golongan yang mempunyai
pencapaian,tetapi masih tidak berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi.
Untuk
membuatkan mereka berasa mempunyai kelebihan,mereka akan menggunakan gaya
bahasa yang merendahkan orang lain misalnya seperti berikut:
“Saya dah sepuluh tahun dalam bidang ni, saya tahu idea awak
tu tak akan berhasil...”
“Awak baru setahun jagung menghadapi hal sebegini.Mana awak
tahu?”
“Awak tu perempuan,lemah!”
Bahasa tidak peduli
Gaya bahasa ini selalu digunakan untuk menghukum individu
lain dengan cara tidak menyebut sebarang penyelesaian.Sesetengah orang
menggunakan gaya bahasa ini sebagai hukuman terhadap orang yang mereka tidak
sukai.
Cara gaya bahasa ini diucapkan adalah seperti”
“Suka hati awaklah nak selesaikan macam mana...”
“Saya tak nak terbabit dalam hal ini.Jangan babitkan saya.”
“Awak selesaikan ini sebab ia masalah awak.Apa yang saya
tahu,masalah ini selesai.”
Bahasa menghina latar belakang
Melalui cara ini, kita akan mencari-cari latar belakang
pasangan kita yang boleh kita jadikan modal untuk melakukan serangan ketika
berkonflik.Antara latar belakang yang selalu digunakan adalah pendidikan,
kerjaya, dan keluarga.
“Harap je sekolah agama,tetapi solat pun tunggang-langgang.”
“Awak tu kerja tak seberapa,tak payah nak bercakap hal
falsafah”
“Sedarlah diri tu sikit.Awak tu asalnya kampung yang hulu.”
Bahasa menutup minda
Apa perasaan anda apabila bercakap-cakap dengan orang
lain,tetapi seringkali sahaja pendapat anda tidak dipersetujui malah
diperlekehkan?Tentu sekali anda berasa kecewa dan tidak berminat berbual-bual
dengan orang berkenaan.
Hampir setiap idea dan buah fikiran kita akan dicantas untuk
menunjukkan kita salah dan mereka sahaja betul.
Ada sesetengah orang menggunakan gaya bahasa sebegini untuk
menunjukkan mereka lebih bijak daripada orang lain,seterusnya kelihatan
menarik.
Malangnya lebih banyak gaya bahasa sebegini keluar daripada
mulut mereka lebih tinggi kebencian orang lain terhadap mereka.
“Setakat cakap memang mudah.Kita yang melaksanakan ni yang
tahu susah payah...”
“Saya belajar dulu bukan macam tu...”
“Bangsa lain bolehlah kaya dengan berniaga.Bangsa kita mana
ada kebolehan...”
Bahasa mengawal
Ramai orang suka apabila orang lain mengikut kemahuan
mereka.Mereka juga suka mengawal perilaku orang lain.
Gaya bahasa mengawal adalah gaya bahasa memaksa orang lain
melakukan dan mematuhi perkara yang mereka tidak persetujui.
“Saya suami awak.Awak jangan ingkar perintah saya.”
“Walau apa pun alasan awak,saya nak kerja ini
diselesaikan...”
Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “ Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang memutar belit fakta dengan lidahnya seperti
seekor sapi yang menguyah-nguyah rumput dengan lidahnya.”
Kesimpulannya, elakkan gaya bahasa di atas ketika berkonflik
untuk memelihara keharmonian perhubungan.
Nota kaki: Halus bahasa menyingkap tabir hati....;)
Sumber :Harian Metro 4 April 2014
*Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku
Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melaui facebook: Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)
Khamis, 3 April 2014
Langgan:
Catatan (Atom)