JOM BOOKCAFE

Sabtu, 22 September 2018

Kepimpinan Bertoksik


Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada asasnya gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu Kepimpinan Autokratik, Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanisme), Kepimpininan Demokratik dan Kepimpinan Kebebasan (Laissez-Faire).
Kita juga biasa mendengar aliran baru yang membincangkan tentang  Kepimpinan Transformasional, Kepimpinan Teragih (Distributed Leadership), Kepimpinan Instruksional dan sebagainya. Namun Jean Lipman-Blumen (2005) telah mengkaji sejenis kepimpinan yang berbeza wujud dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan. Jean telah mengemukakan Rangka Kerja Konsep KEPIMPINAN TOKSIK.
Saya ingin berkongsi maklumat ini dan mungkin ia boleh membantu kita - pemimpin organisasi pendidikan agar berhati-hati dan mengelakkannya menjangkiti gaya kepimpinan kita. Seseorang pemimpin dianggap sebagai PEMIMPIN TOKSIK apabila menunjukkan satu atau lebih daripada sifat PERIBADI PEMIMPIN TOKSIK yang berikut;
KURANG INTEGRITI (LACK OF INTEGRITY) - yang mendedahkan pemimpin-pemimpin seperti  rasuah atau tidak boleh dipercayai;
CITA-CITA YANG TIDAK PERNAH DIPUASKAN (INSATIABLE AMBITION) -cita-cita tidak pernah puas yang menuntut pemimpin untuk meletakkan kuasa berterusan di tangan mereka sendiri, lebih mementingkan kemuliaan dan kegemilangan diri berbanding kesejahteraan atas pengikut mereka ;

EGO YANG TINGGI (ENORMOUS EGO) - Pemimpin-pemimpin Toksik buta terhadap kelemahan sifat mereka sendiri dan membataskan keupayaan mereka untuk penambahbaikan diri;

KEANGKUHAN (ARROGANCE) - keangkuhan yang menghalang Pemimpin Toksik dari mengakui kesilapan mereka dan sebaliknya membawa kepada sifat suka menyalahkan orang lain; 

TIDAK PENTINGKAN MORALITI (AMORALITY) - sikap ini yang menjadikan hampir mustahil bagi pemimpin toksik untuk membezakan perkara yang hak dengan yang salah;

KETAMAKAN (AVARICE) - ketamakan yang mendorong pemimpin toksik meletakkan wang dan apa yang boleh dibeli dengan wang sebagai senarai utama mereka (pemimpin mata duitan);

KEGAGALAN UNTUK MEMAHAMI (FAILURE TO UNDERSTAND) - sifat gagal memahami masalah yang berkaitan dan GAGAL BERKELAKUAN SECARA CEKAP  & BERKESAN dalam situasi yang memerlukan kepimpinan mereka;

PENGECUT (COWARDICE) pengecut yang membawa mereka mengecut (TIDAK TERANGSANG) bila berhadapan pilihan yang sukar, dan;


TERBURU-BURU (RECKLESS) -  sifat terburu-buru atau bertindak secara melulu terhadap tindakan mereka ke atas orang lain serta kepada diri mereka sendiri.
Kredit:http://azmanss.blogspot.com/2013/08/kepimpinan-bertoksik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Azmanssblogspotcom+%28azmanss.blogspot.com%29

KELEBIHAN ILMU DAN BERILMU


KELEBIHAN ILMU DAN BERILMU
Arifudin Abd Hamid

                Ilmu adalah suatu maklumat yang diperolehi daripada hasil pembelajaran,pengalaman seseorang dalam kehidupannya.Ilmu adalah anugerah Allah SWT yang tinggi nilainya yang diberikan kepada manusia.Islam menuntut umatnya supaya mencari ilmu dalam pelbagai bidang.Tanpa ilmu dan kemahiran,umat Islam tidak akan maju dan tidak akan dihormati oleh umat yang lain.Ilmu  itu merupakan cahaya sedangkan kejahilan itu adalah kegaelapan dan kesesatan.

Firman Allah yang bermaksud: " Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia telah menciptakan manusia daripada segumpa darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan . Dan dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." [Surah al-Alaq: ayat 1-5]

                Dalam surah ini Allah SWT memberi gambaran kepada kita bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan .Allah S.W.T menurunkan ayat yang awal dalam surah al-Alaq ini membuktikan betapa Islam itu menghendaki supaya umatnya tahu menulis dan membaca bahkan menguasai pelbagai bidang ilmu.