JOM BOOKCAFE

Rabu, 13 Februari 2019

Isnin, 1 Oktober 2018

ILMU PENGHAPUS KEJAHILAN


Ilmu Penghapus Kejahilan
(Ruzain Syukur B Mansor)

Rasullullah SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya antara perkara yang mengikuti akan orang mukmin daripada amalannya dan kebaikan-kebaikannya selepas kematiannya ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan , anak yang soleh yang ditinggalkan, mushaf yang ia wariskan,  masjid yang dibina, rumah bagi anak jalan yang ia bina, sungai yang ia alirkan atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihatnya dan hidupnya maka perkara ini akan menurutinya selepas kematiannya
Riwayat Ibnu Majah

Setiap manusia akan pasti mati. Maka Tinggallah segala harta dan keluarganya di dunia ini namun menurut hadis di atas, ada perkara yang akan terus memberi manfaat dan menemani kehidupannya di alam sana. Antaranya adalah ilmu yang diajarnya ketika di dunia. Betapa besarnya nilai ilmu sehingga terus memberi manfaat di saat nafas sudah tiada. Ilmu sifatnya ketika di dunia memberi panduan, ketika di alam baqa memberi cahaya.

Sabtu, 22 September 2018

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25



Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
  •  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •  Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •  Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •  Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •  Komitmen komuniti yang padu.

TS25 2.0 
 MODUL 1 | MODUL 2 | MODUL 3 | MODUL 4 |

TS25 3.0




Kredit to:http://azmanss.blogspot.com/2017/05/transformasi-sekolah-2025-ts25.html#more