Khamis, 23 Disember 2021
Rabu, 22 Disember 2021
PANDUAN PENGURUSAN BULI DI SEKOLAH TERBITAN KPM
BULI
Gejala buli dalam kalangan murid dan pelajar khususnya di
institusi-institusi Pendidikan merupakan wabak sosial yang semakin mengganas
mempengaruhi tingkah laku songsang para pewaris masa hadapan negara kita.Apa
sudah jadi pada nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah,apa
sudah jadi pada sistem nilai yang diajar di institusi-institusi Pendidikan
sehingga wabak buli ini masih menular mengikis nilai-nilai kemanusiaan insan.
Dimana punca dan apakah langkah ampuh yang dapat diambil untuk mengatasi gejala ini yang
mana kesan gejala buli ini direkodkan sehingga ada yang menyebabkan kecederaan fizikal, emosi
bahkan lebih ekstrim sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.Watak-watak pembuli
yang tanpa perikemanusiaan mendatangkan kecederaan dengan
pukulan,tendangan,bahkan aksi-aksi yang lebih kejam menggamit pilu di
hati, apakah sudah jadi pada nilai kemanusiaan insan sehingga berperilaku
seperti haiwan tanpa peradaban.
Tanpa mengira sempadan agama dan etika,gejala buli ini bukan sahaja
meyebabkan pelbagai kesan negative yang tidak tertanggung pada si mangsa dan
keluarga namun lebih serius daripada itu,apa akan jadi pada keyakinan
masyarakat kepada institusi undang-undang dan Pendidikan negara sekiranya
pelaku buli ini terus bebas tanpa hukuman setimpal yang diberikan kepadanya.
Retorik masyarakat,berilah peluang kedua..ya bahkan peluang ke 100 pun akan
kita berikan sekiranya watak insan dan gejala buli ini diikat dengan mekanisme
pencegahan dan pelaksanaan hukum yang lebih adil dan telus bukan sekadar peraturan
yang terpampang tanpa penguatkuasaan.Alhamdulillah semoga, kecerdasan insan
dalam menerapkan hukum yang adil menjadi asbab kepada terlahirnya manusia yang
lebih cerdik beramal dengan kebaikan dan amalnya esok tidak muflis di mahkamah
Tuhan.
Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau
meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:
إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ
وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ
دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ
فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ
فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah
sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga
datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta
orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka
diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya
kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis,
maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan
kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.
Riwayat Muslim (2581)
Apabila isu gejala buli in terpapar di media sosial, terpapar di dada-dada akhbar,hati yang tenang
jadi marah,fikir yang tenang menjadi kusut mengenangkan nasib bangsa. Bahkan
terkadang sehingga mata tidak sanggup lagi meneruskan menonton kebiadapan si
pembuli membuli mangsa.Semoga mereka yang terlibat dalam gejala buli ini
mengenangkan firman Allah
وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ
فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ
هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ
مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا
Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat
melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang
terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab
apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan
kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka
kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun.Surah
al-Kahf (49)
Tidaklah terlepas dosa kecil mahupun dosa besar dalam timbangan
neraca keadilan Tuhan. Semoga harapan untuk melihat penerapan undang-undang dan
pelaksanaan hukum yang lebih cekap dan tegas dapat diimplimentasikanbagi menangani
gejala buli dalam kalangan masyarakat khususnya di institusi-institusi
pendidikan dalam negara.Model pelaksanaan pencegahan buli yang menyeluruh
melibatkan tindakan hukum kepada si pembuli dan perlindungan kepada yang dibuli
perlulah dikuatkuasakan pelaksanaannya dengan amanah tanpa mengira bulu dan
pangkat sosial si pelaku.
Di bawah adalah link rujukan Panduan Pengurusan Buli Di Sekolah yang diterbitkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN
Isnin, 20 Disember 2021
FIQH BANJIR
PROSES CLAIM KERETA BANJIR
1. Ambik gambar kereta yang terlibat. Untuk bukti.
2. Call hotline general insurans atau takaful
3. Syarikat Insuran/Takaful akan buat arrangement untuk pickup kereta
4. Kereta yang terlibat banjir akan dibaikpulih oleh panel syarikat insuran/takaful
Coverage banjir ni hanya boleh dituntut jika kita mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, memang kena repair sendirilah.
So, jika ada *Special Perils(flood)*, boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.
Bawah ni compilation hotline no syarikat general insurans / takaful untuk di rujuk.
1. Zurich : 1-300-88-6222
2. Etiqa : 1-300-13-8888
3. Alliance : 1-800-22-5542
4. AXA Affin : 03-7989-0310
5. Berjaya Sompo : 1-800-18-8033
6. AM General : 1800-88-6333
7. Kurnia : 1-800-88-3833
8. Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121
9. RHB : 1-300-220-007
10. Lonpac : 03-2262 8666
11. Tune : 1-800-22-8863
12. Liberty : 1-800-88-5005 / 8990
13. Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
14. Takaful Malaysia:1-800-888-788
Semoga ini dapat membantu mereka yang sedar gusar melihat kenderaan ditenggelami air.
Claim baik pulih kenderaan terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans/ takaful.
Apa-apa pun, pastikan ada Special Perils(flood) dlm existing cover note insurans / takaful, baru boleh claim.
Moga bermanfaat.
SUKARELAWAN BANTUAN BENCANA
Jom sertai Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia 2021/2022. Imbas kod QR atau ke pautan yg disediakan untuk mengisi borang pendaftaran sebagai sukarelawan.
https://bit.ly/SukarelawanKPM
#SekolahkuSejahtera
#KPMKomited
#PrihatinRakyat
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua