JOM BOOKCAFE

Rabu, 27 Februari 2013

Islam, Jantina Dan Seks

 Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan Pengkid, saya tertanya-tanya: “Apakah Pengkid?” Agak ketinggalan dalam istilah-istilah seumpama ini, saya membuat sedikit kajian dan bertanya kepada beberapa rakan yang lebih terkini dengan istilah-istilah sedemikian. Memeranjatkan, ia merupakan salah satu daripada beberapa istilah yang digunakan bagi menerangkan keadaan seseorang dari aspek jantina dan kecenderungan seksualnya.
Sedikit kajian yang dilakukan itu menemukan saya dengan beberapa istilah lain yang duduk dalam subjek yang sama, yang dapat saya ringkaskan sebagai berikut:
  1. Transgender: Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti lelaki.
  2. Tranvestit: Lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan seperti lelaki.
  3. Transeksual: Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin.
  4. Homoseksual: Orang yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya. Lelaki yang membuat hubungan seks dengan lelaki disebut sebagai Gay manakala wanita yang membuat hubungan seks dengan wanita disebut Lesbian. Lawannya ialah Heteroseksual, iaitu lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki. Ini adalah hubungan yang betul lagi normal dan dihalalkan oleh Islam melalui pernikahan yang menepati rukun-rukunnya.
  5. Bi-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan lelaki. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita.
  6. Tri-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita, lelaki dan transeksual. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki, wanita dan transeksual.
  7. Pengkid: Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Di kalangan Pengkid ada yang berpenampilan sebagai lelaki.
Tujuh aspek jantina dan kecenderungan seksual seseorang sepertimana di atas tentu saja berbeza dari fitrah manusia dan norma kehidupan. Akan tetapi atas lencana kemodenan dan kebebasan peribadi, ia dianggap biasa dan boleh ditonjolkan kepada khalayak ramai. Namun apakah hukumnya menurut Islam? Dalam penulisan yang sederhana ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian hukumnya berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah, juga jalan penyelesaiannya, insya-Allah.
Jika dikaji ketujuh-tujuh aspek jantina dan kecenderungan seksual di atas, ia dapat dihimpun kepada tiga kategori hukum. Pertama: Hukum menyerupai jantina yang berbeza, Kedua: Hukum mencintai jantina sejenis umpama pasangan hidup dan Ketiga: Hukum melakukan hubungan seks dengan jantina sejenis.
Hukum Menyerupai Jantina Yang Berbeza.
Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir). Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah r.a..
Berdasarkan hadis-hadis ini, jumhur ilmuan mengatakan haram hukumnya untuk seseorang itu berusaha menyerupai jantina yang berbeza dengannya, baik dalam bentuk tingkah laku, penampilan, pakaian mahu pun perhiasan. Larangan ini termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang belum baligh, di mana haram hukumnya bagi ibubapa atau penjaga kanak-kanak itu berusaha menyerupakan mereka dengan jantina yang berbeza. Dr. Jamil bin Habib al-Luwaihiq menjelaskan:

SARANA IBUBAPA