Rabu, 2 Januari 2019
Isnin, 31 Disember 2018
Isnin, 1 Oktober 2018
ILMU PENGHAPUS KEJAHILAN
Ilmu Penghapus Kejahilan
(Ruzain Syukur B Mansor)
Rasullullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya antara perkara yang
mengikuti akan orang mukmin daripada amalannya dan kebaikan-kebaikannya selepas
kematiannya ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan , anak yang soleh yang
ditinggalkan, mushaf yang ia wariskan, masjid yang dibina, rumah bagi anak jalan yang
ia bina, sungai yang ia alirkan atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya
ketika sihatnya dan hidupnya maka perkara ini akan menurutinya selepas
kematiannya
Riwayat Ibnu Majah
Setiap manusia akan pasti mati. Maka Tinggallah
segala harta dan keluarganya di dunia ini namun menurut hadis di atas, ada
perkara yang akan terus memberi manfaat dan menemani kehidupannya di alam sana.
Antaranya adalah ilmu yang diajarnya ketika di dunia. Betapa besarnya nilai
ilmu sehingga terus memberi manfaat di saat nafas sudah tiada. Ilmu sifatnya
ketika di dunia memberi panduan, ketika di alam baqa memberi cahaya.
Jumaat, 28 September 2018
Sabtu, 22 September 2018
Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
- Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
- Komitmen komuniti yang padu
Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
- Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
- Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
- Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
- Memantapkan kepimpinan sekolah
- Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
- Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
- Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
- Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
- Komitmen komuniti yang padu.
TS25 2.0
TS25 3.0
Kredit to:http://azmanss.blogspot.com/2017/05/transformasi-sekolah-2025-ts25.html#more
Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM
Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM
Fokus dan gerak kerja ini telah dirangkumkan dalam satu muka surat agar ia dapat disebar kepada semua pemimpin pendidikan seterusnya diikuti dengan terjemahan melalui tindakan yang berterusan. Ini adalah kunci pengurusan yang berkesan. Dalam erti kata lain Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 adalah One Page Management Tool yang melihat pelaksanaan PPPM dari satu dimensi yang lain.
Empat tema perbincangan yang diutarakan dalam FGK ialah pendekatan, sasaran mikro, bidang tumpuan dan program strategik. Setiap tema ini dinyatakan secara ringkas pengertian konsep, golongan sasaran, impak/ keberhasilan sekolah dan bagaimana tindakan yang wajar dilakukan bagi mempercepatkan transformasi pendidikan. Kefahaman keseluruhan keempat-empat tema ini adalah wajar supaya usaha transformasi yang kita laksanakan akan berlaku sederap di setiap peringkat.
Sila muat turun dan buka pautan berikut untuk meneroka Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 secara lebih mendalam.
Kepimpinan Bertoksik
Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada asasnya gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu Kepimpinan Autokratik, Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanisme), Kepimpininan Demokratik dan Kepimpinan Kebebasan (Laissez-Faire).
Kita juga biasa mendengar aliran baru yang membincangkan tentang Kepimpinan Transformasional, Kepimpinan Teragih (Distributed Leadership), Kepimpinan Instruksional dan sebagainya. Namun Jean Lipman-Blumen (2005) telah mengkaji sejenis kepimpinan yang berbeza wujud dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan. Jean telah mengemukakan Rangka Kerja Konsep KEPIMPINAN TOKSIK.
Saya ingin berkongsi maklumat ini dan mungkin ia boleh membantu kita - pemimpin organisasi pendidikan agar berhati-hati dan mengelakkannya menjangkiti gaya kepimpinan kita. Seseorang pemimpin dianggap sebagai PEMIMPIN TOKSIK apabila menunjukkan satu atau lebih daripada sifat PERIBADI PEMIMPIN TOKSIK yang berikut;
KURANG INTEGRITI (LACK OF INTEGRITY) - yang mendedahkan pemimpin-pemimpin seperti rasuah atau tidak boleh dipercayai;
CITA-CITA YANG TIDAK PERNAH DIPUASKAN (INSATIABLE AMBITION) -cita-cita tidak pernah puas yang menuntut pemimpin untuk meletakkan kuasa berterusan di tangan mereka sendiri, lebih mementingkan kemuliaan dan kegemilangan diri berbanding kesejahteraan atas pengikut mereka ;
EGO YANG TINGGI (ENORMOUS EGO) - Pemimpin-pemimpin Toksik buta terhadap kelemahan sifat mereka sendiri dan membataskan keupayaan mereka untuk penambahbaikan diri;
KEANGKUHAN (ARROGANCE) - keangkuhan yang menghalang Pemimpin Toksik dari mengakui kesilapan mereka dan sebaliknya membawa kepada sifat suka menyalahkan orang lain;
TIDAK PENTINGKAN MORALITI (AMORALITY) - sikap ini yang menjadikan hampir mustahil bagi pemimpin toksik untuk membezakan perkara yang hak dengan yang salah;
KETAMAKAN (AVARICE) - ketamakan yang mendorong pemimpin toksik meletakkan wang dan apa yang boleh dibeli dengan wang sebagai senarai utama mereka (pemimpin mata duitan);
KEGAGALAN UNTUK MEMAHAMI (FAILURE TO UNDERSTAND) - sifat gagal memahami masalah yang berkaitan dan GAGAL BERKELAKUAN SECARA CEKAP & BERKESAN dalam situasi yang memerlukan kepimpinan mereka;
PENGECUT (COWARDICE) pengecut yang membawa mereka mengecut (TIDAK TERANGSANG) bila berhadapan pilihan yang sukar, dan;
TERBURU-BURU (RECKLESS) - sifat terburu-buru atau bertindak secara melulu terhadap tindakan mereka ke atas orang lain serta kepada diri mereka sendiri.
Kredit:http://azmanss.blogspot.com/2013/08/kepimpinan-bertoksik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Azmanssblogspotcom+%28azmanss.blogspot.com%29
Langgan:
Catatan (Atom)