JOM BOOKCAFE

Jumaat, 26 September 2014

PASUKAN PING PONG SMKTB 2014

PASUKAN PING PONG SMK TANJONG BUNGA TELAH MEMPEROLEH TEMPAT KE 3 (GANGSA DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT ZON KELAWAI )

Selasa, 16 September 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA

selamat-hari-malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

TEACHERS VS CHEATERS


Isnin, 15 September 2014

4 KAEDAH PENTING AMAR MA’RUF & NAHI MUNKAR MENGIKUT AL-QURAN & SUNNAH

Oleh:Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

268810_10151939846633327_1785552112_nDi dalam sebuah buku yang menarik, karangan Dr. Ar-Ruhaili bertajuk Qawa’id al-Muhimmah fil Amri bil Ma’ruf wan Nahya ‘anil Munkar Fi Dhau’il Kitaabi was Sunnah (Kaedah-kaedah Penting Dalam Amar Ma’ruf Nahi Munkar Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah), disusun empat peringkat cara menegur manusia. Hal ini penting kerana sebahagian kita apabila mendapat sesuatu berasaskan fakta kita merasa seronok untuk menyampaikannya kepada orang ramai, dan penyakit kita pula ialah kita ingin orang berubah dengan serta merta.
Jadi kitab ini menjelaskan peringkat-peringkat bagaimana kaedah Nabi menasihati manusia. Sebahagian orang hanya mengikut contoh Nabi yang tegas dan keras sahaja dalam dakwahnya, contoh ketika Nabi lembut dia tidak mengambilnya. Sebahagian yang lain pula mengambil contoh ketika Nabi lembut sahaja, diguna pakai untuk semua orang. Dalam kitab tersebut disusun empat peringkat mengikut keadaan;

Pertama: Lembutkan perkataan
Bagi orang yang jahil, nasihatinya dengan lemah lembut. Dalam hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Nabi sallallahu’alaihi wasallam di kala ingin menasihati di dalam beberapa isu, Baginda sallallahu’alaihi wasallam bersabda,
أنا منكم بمنزلة الوالد وعلمكم
“Aku dari kalangan kamu dengan kedudukanku seperti ayah, dan aku mengajari kalian.”
Maksudnya, Nabi menegur dan memperbetulkan sahabat dengan cara Baginda menggambarkan dirinya sebagai seorang ayah. Bagaimana seorang ayah menegur anak? Ayah menegur anaknya kerana menginginkan kebaikan untuk anaknya.
Lihat apa yang Nabi tampilkan. Berbeza dengan sikap sebahagian kita yang menjerkah dan memalukan orang yang dinasihati sehingga nasihat itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepadanya, malah membuatkan dia semakin jauh daripada kita.
Sebab itu di dalam hadis yang masyhur, apabila datang kepada Nabi orang Yahudi yang mengucapkan “As-saam ‘alaikum” (celaka ke atas kamu), Aisyah berkata “Laknat Allah kembali ke atas kamu.” Kata Nabi sallallahu’alaihi wasallam, “Ya Aisyah, innallaha yuhibbu ar-rifqa fil amri kul” (sesungguhnya Allah menyukai kelembutan di dalam semua urusan).
Kemudian Nabi sallallahu’alaihi wasallam membalas kembali ucapan Yahudi tersebut, “wa’alaikum” (dan ke atasmu juga). Kan lembut sahaja perkataan itu walaupun maksudnya menikam. Nabi tidak menggunakan perkataan celaka dan laknat.
Seperti Imam Syafi’i dan muridnya Al-Muzani. Al-Muzani apabila ingin mengkhabarkan perawi hadis itu pendusta dia mengatakan “kazzab” (pendusta), Imam Syafi’i berkata kepadanya, “layyin qaulak” (lembutkanlah perkataanmu). Al-Muzani bertanya, apa yang perlu aku sebutkan? Sebutkanlah “laisa bi syai’” (dia tidak ada apa-apa). Maksud tidak ada apa-apa bererti dia pembohong dan jangan mengambil hadis daripadanya satu pun. Itu maksudnya tetapi perkataan yang digunakan itu cantik.

Jumaat, 12 September 2014

VIDEO INSPIRASI:KENAPA??? WHY?????



 Simon Sinek - Start with Why: How Great Leaders Inspire Actiont with Why: How Great Leaders Inspire Action

Rabu, 27 Ogos 2014

KAU INI BAGAIMANA ATAU AKU HARUS BAGAIMANA...




Sedar atau tidak..kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana merupakan puisi yang menyentuh hati-hati yang mahu merasa dan akal-akal yang mahu berfikir..tak lepas kamu mahupun aku..kita atau mereka....jangan pernah diri ini kita anggap suci...sungguh apabila terdengar saja kalimah kata yang dilantunkan dalam puisi ini...kita akan mengerti...sulitnya  hidup apabila nafas ketenangan itu disandarkan pada jasad yang akan mati dan kedamaian itu kita harapkan dari manusia yang tidak pernah puas melayani ingin dan nafsunya.Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana....bila kau merasa malu mendengar bait-bait puisinya....ternyata kau masih bisa ku gelar manusia....insafilah diri...bukan salah dia,kita,aku atau mereka.....sungguh anak Adam itu tidak lepas dari dosa..jadi kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana...temukan jawabnya dalam bagaimana aku dengan Pencipta..?Bagaimana kau melihat manusia?....Tika kita dipuncak mulia....bagaimana mereka disantuni dalam lemahnya akal dan daya manusia....Santunilah alam dunia...maksum itu bukanlah umum sifat manusia sejatinya.............~~~

Selasa, 26 Ogos 2014

TEMA UMUM KERTAS 3 SEJARAH 2014-PENTING!!



Makluman kepada semua pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki paper Julai SPM bagi tahun 2014.Di atas merupakan tema umum bagi kertas 3 subjek sejarah sesi Julai 2014.Semoga anda dapat membuat persediaan yang mantap sebelum peperiksaan bermula.....!!!

Jumaat, 22 Ogos 2014

BERKABUNG? SEPULUH PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN


10 Hal Berkabung Yang Perlu Anda Ketahui Mengikut Petunjuk Al-Quran Dan As-Sunnah

1. Istirja’

Istirja’ adalah ccapan terbaik apabila dilanda musibah. Ucapan yang diajar Nabi ﷺ adalah "inna lillaahi wa inna ilaihi rajiun".

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un." Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". [Surah Al Baqarah, Ayat 155-157]

2. Bantu keluarga si mati. Beri makan

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga pasti berada dalam kesedihan. Kita sebagai umat Islam patut memahami situasi ahli keluarga yang baru kematian orang yang tersayang. Apa yang diajar oleh Islam adalah kita mengucapkan takziah, membantu dalam urusan jenazah dan memudahkan urusan mereka seperti memberi mereka makan. 

Ketika datang berita kematian seorang sahabat yang bernama Ja’far, Rasulullah bersabda: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far, kerana mereka ditimpa dengan sesuatu yang menyibukkan.” [Ibn Majjah no: 1610]

3. Tiga [3] hari bersedih

Sabda Rasulullah ﷺ: 

"Tidak boleh seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya" [HR Muslim dalam Sahih-nya, Kitab Thalaq, bab Wujub Al Ihdaad, no. 3714]

4. Bagi Isteri yang kematian suami, tempoh berkabung baginya empat [4] bulan sepuluh [10] hari

Allah berfirman: 

"Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." [Surah Al Baqarah, Ayat 234]

Sabda ﷺ:

"Tidak boleh seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya" [HR Muslim dalam Shahih-nya, Kitab Thalaq, bab Wujub Al Ihdaad, no. 3714] 

Dan dalam riwayat Bukhari terdapat tambahan lafazh:

"Maka ia berkabung atas hal tersebut selama empat bulan sepuluh hari" [HR Bukhari dalam Shahih-nya, Kitab Al Janaaiz, bab Ihdaad Al Mar’ah ‘Ala Ghairi Zaujiha, no. 1280. Lihat Fathul Bari, Op.cit, hlm. 3/146.]

Dari Zainab bintu Abu Salamah, beliau berkata :

"Aku telah mendengar Ummu Salamah berkata: “Seorang wanita datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata,’Wahai, Rasulullah! Sesungguhnya puteriku ditinggalkan oleh suaminya yang mati, dan dia mengeluhkan sakit pada matanya. Apakah dia boleh mengenakan celak mata?’.” Lalu Rasulullah menjawab “Tidak!” sebanyak dua atau tiga kali, semuanya dengan kata tidak. Kemudian Rasulullah berkata: “Itu harus empat bulan sepuluh hari, dan dahulu, salah seorang dari kalian pada zaman jahiliyah membuang kotoran binatang pada akhir tahun.” [HR Bukhari, Kitab Thalaq, Bab Tahiddu Al Mutawaffa ‘Anha Arba’ata Asyhur Wa ‘Asyra, no. 5.335. Lihat Fathul Bari, Op.cit, hlm. 9/484.]

5. Tidak boleh bersolek atau berhias dalam tempoh berkabung

Berkabung, dalam bahasa Arabnya adalah al hadaad ( الْحَدَادُ ). Maknanya, tidak mengenakan perhiasan baik berupa pakaian yang menarik, minyak wangi atau lainnya yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya [1].

Pendapat lain menyatakan, al hadaad adalah sikap wanita yang tidak mengenakan segala sesuatu yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya seperti minyak wangi, celak mata dan pakaian yang menarik dan tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak, setelah kematian suaminya [2].

[1] Lihat Fathul Bari, Ibnu Hajar, tanpa cetakan dan tahun, Al Maktabah As Salafiyah, Mesir, hlm. 3/146

[2] Lihat Al Kalimaat Al Bayyinaat Fi Ahkam Hadaad Al Mukminat, Muhammad Al Hamuud An Najdi, Cetakan Pertama, Tahun 1415 H, Dar Al Fath, hlm. 8.

6. Haram memakai pakaian khusus tanda berkabung

Islam tidak mengajarkan di dalam berkabung untuk memakai sesuatu pakaian yang khusus. Memakai pakaian khusus tanda berkabung adalah tasyabbuh atau maksud lainnya menyerupai kaum atau agama lain.

Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda,

“Barang siapa menyerupai suatu kaum, dia termasuk golongan mereka.” [HR. Abu Dawud no. 4026 dengan sanad yang hasan. Lihat Jilbab al-Mar’atul Muslimah hlm. 203 karya al-Albani]

7. Tiada pakaian khusus berkabung samada gelap atau hitam

8. Kibar bendera separuh tiang tiada asas dalam agama

9. Malaysia patut menjadi contoh kepada negara lain cara berkabung menurut Islam. Bukan dengan cara meniru agama lain

Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

“Barang siapa menyerupai suatu kaum, dia termasuk golongan mereka.” [HR. Abu Daud no. 4026 dengan sanad yang hasan. Lihat Jilbab al-Mar’atul Muslimah hlm. 203 tulisan Syeikh al-Albani]

10. Mungkin ada yang berpendapat beberapa ritual semasa berkabung adalah adat kebiasaan maka terpulanglah. Kami hanya menyampaikan apa yang dinyatakan di dalam Islam. Wallahua'lam

Ini adalah pendirian dan pendapat Dr Fadlan Mohd Othman dan Dr Fathul Bari Mat Jahya dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia di dalam isu berkabung. Semoga bermanfaat.

Isnin, 18 Ogos 2014

HUKUM PRASANGKA DAN FIKIHNYA..!

Buruk sangka, suatu sikap tercela yang sangat merosak dan hampir-hampir tidak ada orang yang selamat darinya. Hal ini kerana syaitan senantiasa berusaha menumbuhkan benih-benih perpecahan di antara manusia, terutama sesama kaum muslimin. Sampai-sampai keluarga Rasulullah – shallallahu ‘alaihi wa sallam – pun pernah mendapatkan dampak buruk dari persangkaan buruk yang tersebar di tengah-tengah kaum muslimin.
 
Ketika Nabi – shallallahu ‘alaihi wa sallam – pulang bersama rombongannya dari peperangan Bani Mushthaliq, ketika singgah di suatu tempat, Aisyah – radhiyallahu ‘anha – kehilangan kalungnya ketika buang hajat, sehingga dia pun mencarinya dan akhirnya tertinggal oleh rombongan. Lalu Aisyah – radhiyallahu ‘anha – pun memutuskan untuk diam dan menunggu kalau-kalau rombongan itu sedar dan kembali untuk mencari Aisyah – radhiyallahu ‘anha -. Namun ternyata masih ada seorang sahabat, Shafwan bin Mu’aththal – radhiyallahu ‘anhu – yang memang berada paling akhir dari rombongan, dan dia pun melihat Aisyah – radhiyallahu ‘anha -. Akhirnya, Aisyah – radhiyallahu ‘anha – naik kendaraan milik Shafwan – radhiyallahu ‘anhu – tanpa berbicara sedikit pun, sedangkan Shafwan berjalan kaki sehingga keduanya sampai di Madinah dan dilihat oleh banyak orang.
Ketika itulah orang-orang – terutama orang-orang munafik – mulai berprasangka buruk terhadap keduanya sehingga tersebar berita yang tidak benar tentang Aisyah – radhiyallahu ‘anha -. Berita itu pun sampai pada Rasulullah – shallallahu ‘alaihi wa sallam – dan menjadikan gempar keluarga Rasulullah – shallallahu ‘alaihi wa sallam – dan Abu Bakr – radhiyallahu ‘anhu -. Sampai akhirnya Allah menurunkan wahyu-Nya akan kesucian Aisyah – radhiyallahu ‘anha -, dan kedustaan berita yang telah tersebar tentangnya.
Dan dapat kita bayangkan ketika kita membaca kisah ini secara lengkap, bagaimana kesedihan dan kesusahan keluarga Rasulullah – shallallahu ‘alaihi wa sallam – dan Abu Bakr – radhiyallahu ‘anhu -, terutama Aisyah – radhiyallahu ‘anha – akibat dari persangkaan yang buruk ini.
Oleh karena itulah, Allah S.W.T memperingatkan dengan tegas agar  kaum mukminin menjauhi banyak dari persangkaan. Allah l berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari persangkaan, karena sebagian dari persangkaan itu adalah dosa.” (al-Hujurat: 12)
Dan Rasulullah – shallallahu ‘alaihi wa sallam – juga bersabda,
إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ
“Jauhilah oleh kalian persangkaan, karena persangkaan itu adalah ucapan yang paling dusta.” (Muttafaq ‘alaih)

Ayat dan hadits di atas merupakan salah satu landasan penting dalam sikap seorang muslim terhadap saudaranya. Dan dari nash inilah – dan juga dari nash-nash lainnya – para ulama telah memberikan penjelasan tentang hukum persangkaan. Berikut ini beberapa hal terkait hukum persangkaan sebagaimana telah disampaikan oleh para ulama.

Pentingnya masalah ini.
Dua nash tersebut di atas menunjukkan betapa pentingnya permasalahan ini. Dalam ayat, sebelum Allah menyampaikan larangan-Nya, Allah mendahuluinya dengan seruan kepada orang-orang yang beriman. Dan ini jelas menunjukkan pentingnya permasalahan ini. Telah diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud – radhiyallahu ‘anhu – beliau berkata, “Jika engkau mendengar Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman” maka pasanglah telingamu, kerana mungkin (yang akan disampaikan adalah) kebaikan yang Dia perintahkan atau keburukan yang Dia larang.”

Tidak semua persangkaan terlarang.
Ini ditunjukkan oleh firman Allah, “karena sebagian dari persangkaan itu adalah dosa.” Artinya, tidak semua persangkaan itu adalah dosa, dan tidak semua persangkaan itu terlarang. Karena persangkaan itu terbagi menjadi dua:
1- Persangkaan baik terhadap seorang muslim. Maka ini adalah sesuatu yang dituntut dari seorang muslim terhadap saudaranya yang secara lahiriah adalah orang yang baik.
2- Persangkaan buruk. Inilah yang terlarang jika persangkaan ini ditujukan kepada seorang muslim yang secara lahiriah adalah orang yang baik. Para ulama telah menyatakan, “Tidak halal berburuk sangka terhadap seorang muslim yang secara lahiriah adalah orang yang baik.”

Prasangka buruk TIDAK MUTLAK terlarang.
Jika persangkaan buruk kepada seorang muslim yang secara lahiriahnya baik adalah terlarang, lalu bagaimana jika ada seseorang yang memang ada tanda-tanda atau indikasi keburukan? Bolehkah berprasangka buruk kepadanya?
Jawabnya, tidak mengapa berprasangka buruk kepada orang yang memiliki indikasi atau tanda-tanda adanya keburukan pada dirinya. Oleh kerana itu ada pepatah arab yang ertinya, “jagalah diri kalian dari manusia dengan buruk sangka.” Akan tetapi tentu saja kebolehan buruk sangka ini bukan sesuatu yang mutlak. Artinya, hanya boleh ditujukan kepada orang-orang yang ada indikasi keburukan padanya. Misalnya, seorang yang memiliki indikasi atau tanda-tanda akan merampak, mencuri atau berbuat jahat, maka boleh saja kita menaruh curiga dan berburuk sangka kepadanya dalam rangka untuk berwaspada terhadap orang tersebut.
Az-Zujjaj – rahimahullah – berkata menjelaskan tentang buruk sangka yang terlarang, “Yaitu berprasangka buruk kepada orang yang baik. Adapun orang-orang yang buruk dan jahat, maka kita boleh berprasangka terhadap mereka sebagaimana yang nampak dari mereka.”
Dan Imam al-Qurthubi – rahimahullah – telah menghikayatkan perkataan dari majoriti ulama bahwa persangkaan yang buruk terhadap orang yang lahiriahnya baik tidak dibolehkan, namun tidak mengapa bersangka buruk terhadap orang yang lahiriahnya buruk.

Persangkaan yang dosa.
Kemudian, perlu kita pahami di sini, bahwa persangkaan buruk yang dimaksud, yakni yang dapat mendatangkan dosa adalah persangkaan yang menetap dalam hati dan diucapkan oleh lisan. Adapun persangkaan yang hanya berupa lintasan yang terbetik dalam hati saja, dan tidak menetap dalam hati apalagi terucap oleh lisan, maka persangkaan ini bukanlah persangkaan yang mendatangkan dosa.
Rasulullah – shallallahu ‘alaihi wa sallam – bersabda,
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ
“Sesungguhnya Allah memaafkan umatku dari apa yang dibicarakan oleh hatinya, selama dia tidak melakukan atau mengucapkannya (dengan lisan).” (Muttafaq ‘alaih)

Al-Khathabi – rahimahullah – berkata tentang persangkaan yang terlarang, “Yaitu persangkaan yang diwujudkan dan dibenarkan, bukan semata yang terlintas dalam hati karena yang ini tidak dikuasai.”
Al-Qadhi menukil dari Sufyan bahwa dia berkata, “Persangkaan yang dosa adalah persangkaan yang diucapkan. Jika tidak diucapkan maka tidak berdosa.”
Muqatil bin Sulaiman dan Muqatil bin Hayyan juga berkata, “Yaitu berprasangka buruk kepada saudara muslimnya, dan itu tidak mengapa selama tidak diucapkan, namun bila diucapkan dan dinampakkan maka dia berdosa.”

Selasa, 5 Ogos 2014

WASPADALAH TERHADAP PERANGKAP RIYA..!


Oleh : Syaikh Husain bin Audah Al-Awayisyah

IKHLAS UNTUK ALLAH TA’ALA [1]

Apa Syarat Diterimanya Amal?
Sebelum anda melangkah satu langkah –wahai saudaraku muslim- hendaklah anda mengetahui jalan untuk mendapatkan keselamatanmu. Janganlah anda memberati diri dengan amalan-amalan yang banyak,. Karena, alangkah banyak orang yang memperbanyak amalan, namun hal itu tidak memberikan manfaat kepadanya kecuali rasa penat dan keletihan semata di dunia dan siksaan di akhirat. [2]

Maka, sebelum memulai semua amalan, hendaklah anda mengetahui syarat diterimanya amal. Yaitu harus terpenuhi dua perkara penting pada setiap amalan. Jika salah satu tidak tercapai, akibatnya amalan seseorang tidak ada harapan untuk diterima. Pertama : Ikhlas karena Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kedua : Amalan itu telah diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Al-Qur’an, atau dijelaskan oleh Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnahnya, dan mengikuti Rasulullah dalam pelaksanaannya.

Isnin, 14 Julai 2014

RAMADHAN !!

Bulan Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi.Jom kita ulangkaji beberapa topik dan bahan ilmiah berkaitan amalan dan ibadah di bulan mulia ini.Bahan di bawah adalah dari laman web Kapten Hafiz Firdaus http://hafizfirdaus.com/


KLIK LINK (TAJUK) DI BAWAH UNTUK MEMBACA ARTIKEL RAMADHAN:

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Jumaat, 11 Julai 2014

RAMADHAN MENGIKUT JALAN NABI DAN PARA SAHABAT

ADAB-ADAB PUASA


Oleh: Syaikh Abdul Azhim bin Badawi al-Khalafi

12. Adab-Adab Puasa
Dianjurkan bagi orang yang berpuasa untuk memperhatikan beberapa adab berikut ini:

a. Makan Sahur
Diriwayatkan dari Anas Radhiyallahu anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً.

"Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah."[1]

Dan telah terhitung makan sahur walaupun hanya dengan seteguk air, berdasarkan hadits ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu anhuma, dia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجُرْعَةِ مَاءٍ.

“Makan sahurlah kalian meski hanya dengan seteguk air.” [2]

Disunnahkan untuk mengakhirkan makan sahur, sebagaimana yang diriwayatkan dari Anas, dari Zaid bin Tsabit, dia berkata, “Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, setelah itu beliau langsung berangkat shalat. Aku bertanya, ‘Berapa lama jarak antara adzan dan sahur?’ Dia menjawab, 'Kira-kira sama seperti bacaan 50 ayat.’” [3]

Jika adzan telah terdengar dan makanan atau minuman masih di tangannya, maka boleh ia memakan atau meminumnya, berdasarkan hadits Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda; 

إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَاْلإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ.

“Barangsiapa di antara kalian yang mendengar adzan (Shubuh) dan bejana (makanan) masih di tangannya, maka janganlah ia menaruhnya sebelum ia menyelesaikan makannya." [4]

b. Menahan diri dari pembicaraan yang tidak bermanfaat dan kata-kata kotor, atau yang semisal dengannya dari hal-hal yang bertentangan dengan tujuan puasa

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا كَانَ يَوْمَ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ وَلاَ يَجْهَلْ, فَإِذَا شَاتَمَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَليَقُلْ إِنِّيْ صَائِمٌ.

“Jika pada hari salah seorang diantara kalian berpuasa, maka janganlah ia mengucapkan kata-kata kotor, membuat kegaduhan dan tidak juga melakukan perbuatan orang-orang bodoh. Dan jika ada orang yang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’” [5]

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلِيْسَ ِللهِ حَاجَةٌ فِيِ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ.

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengerjakannya, maka Allah tidak memerlukan orang itu untuk meninggalkan makanan dan minumannya (puasanya).” [6]

c. Sifat dermawan dan memperbanyak bacaan al-Qur-an
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, dia berkata, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling pemurah dalam kebaikan dan beliau akan lebih dermawan (dari hari-hari biasanya) pada bulan Ramadhan, ketika Jibril datang menemuinya dan adalah Jibril selalu datang menemuinya setiap malam dari malam-malam bulan Ramadhan, hingga Ramadhan selesai, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam membacakan al-Qur-an kepada Jibril. Dan di saat ia bertemu Jibril beliau lebih pemurah (lembut) dari angin yang berhembus dengan lembut.” [7]

d. Menyegerakan berbuka (ta’-jil)
Diriwayatkan dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَزَالُ النّاَسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ.

“Umat manusia akan tetap baik selama mereka menyegerakan berbuka puasa.”[8]

e. Berbuka puasa dengan apa yang mudah didapatkan baginya dari hal-hal tersebut dalam hadits berikut
Diriwayatkan dari Anas, dia berkata, “Nabi biasa berbuka dengan ruthab (kurma segar) sebelum mengerjakan shalat. Jika beliau tidak mendapatkan ruthab, maka beliau berbuka dengan beberapa buah tamr (kurma masak yang sudah lama dipetik) dan jika tidak mendapatkan tamr, maka beliau meminum air.”[9]

f. Berdo'a ketika berbuka puasa dengan do'a yang terdapat dalam hadits berikut ini
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhuma, dia berkata, “Bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam jika berbuka puasa selalu membaca:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ.

“Telah hilang rasa haus dan telah basah urat-urat, serta telah ditetapkan pahala, insya Allah.” [10] 

[Disalin dari kitab Al-Wajiiz fii Fiqhis Sunnah wal Kitaabil Aziiz, Penulis Syaikh Abdul Azhim bin Badawai al-Khalafi, Edisi Indonesia Panduan Fiqih Lengkap, Penerjemah Team Tashfiyah LIPIA - Jakarta, Penerbit Pustaka Ibnu Katsir, Cetakan Pertama Ramadhan 1428 - September 2007M]
_______
Footnote
[1]. Muttafaq 'alaihi: Shahiih al-Bukhari (Fat-hul Baari IV/139, no. 1923), Shahiih Muslim (II/770, no. 1095), Sunan at-Tirmidzi (II/106, no. 703), Sunan an-Nasa-i (IV/141), Sunan Ibni Majah (I/540, no. 1692). 
[2]. Shahih: [Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 2945)], Shahiih Ibni Hibban (no. 223, 884).
[3]. Muttafaq 'alaihi: Shahiih al-Bukhari (Fat-hul Baari IV/138, no. 1921), Shahiih Muslim (II/771, no. 1097), Sunan at-Tirmidzi (II/104, no. 699), Sunan an-Nasa-i (IV/143), Sunan Ibni Majah (I/540, no. 1694).
[4]. Shahih: [Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 607)], Sunan Abi Dawud (VI/475, no. 2333), Mustadrak al-Hakim (I/426). 
[5]. Penggalan dari hadits: “Setiap amal anak Adam adalah untuknya sendiri...” dan telah berlalu takhrijnya.
[6]. Shahih: [Mukhtashar Shahiih al-Bukhari (no. 921)], Shahiih al-Bukhari (Fat-hul Baari) (IV/116, no. 1903), Sunan Abi Dawud (VI/488, no. 2345), Sunan at-Tirmidzi (II/105, no. 702).
[7]. Muttafaq 'alaihi: Shahiih al-Bukhari (Fat-hul Baari I/30, no. 6), Shahiih Muslim (IV/1803, no. 2308).
[8]. Muttafaq 'alaihi: Shahiih al-Bukhari (Fat-hul Baari IV/198, no. 1957), Shahiih Muslim (II/771, no. 1098), Sunan at-Tirmidzi (II/103, no. 695). 
[9]. Hasan shahih: [Shahih Sunan Abi Dawud (no. 2065)], Sunan Abi Dawud (VI/ 481, no. 2339), Sunan at-Tirmidzi (II/102, no. 692).
[10]. Hasan: [Shahiih Sunan Abi Dawud (no. 2066)], Sunan Abi Dawud (VI/482, no. 2340).

Jumaat, 27 Jun 2014

INTRODUCTION TO RAMADHAN BY DR ZAKIR NAIK





PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN KEMPEN AKHLAK MULIA 2014


 VIDEO IHYA RAMADHAN 2014 :EDITOR CIKGU HUSZAIMI



Status Hadis Ramadhan : Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka

Status Hadis Ramadhan : Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka

Ada seorang ustaz yang mengatakan bahwa hadits tentang pembagian Ramadhan menjadi tiga itu dhaif. Padahal hadits itu popular sekali di tengah bulan Ramadhan. Kalau tidak salah bunyinya seperti ini:

Ramadhan itu awalnya adalah rahmat, tengahnya adalah maghfirah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.

Pertanyaan saya adalah: Benarkah klaim ustaz tersebut? Dan kalau benar, apa status hadits itu? Bagaimana kita mensikapinya.
Demikian terima kasih banyak ustaz


JAWAPAN OLEH Ust. H. Ahmad Sarwat, INDONESIA

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hadits yang anda tanyakan kedudukannya itu memang sangat popular di tengah masyarakat, khususnya selama bulan Ramadhan. Dengan hadits itu, para penceramah banyak mengajak orang-orang agar memanfaatkan bulan Ramadhan untuk khusyu' beribadah, agar mendapatkan tiga hal tersebut. Yaitu rahmah dari Allah, ampunan-Nya serta pembebasan dari neraka.
Namun menarik sekali apa yang disampaikan oleh ustaz yang antum ceritakan bahwa ternyata menurut beliau hadits itu bermasalah dari sanad dan kekuatannya jalur periwayatannya. Betulkah?

Kami berupaya membolak balik beberapa literatur serta tulisan dari para ulama ahli hadits terkait dengan haditsi ini. Kami menemukan huraian yang menarik dari seorang ustadz ahli hadits di Indonesia, yaitu Al-Ustadz Prof. Ali Mustafa Ya'qub, MA.

Menurut beliau, hadits itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadits ini diriwayatkan tidak hanya lewat satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.

Jalur Pertama

Salah satu jalur periwayatan haditsi ini versinya demikian:

أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Ertinya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

Hadits ini diriwayatkan oleh Al-'Uqaili dalam kitab khusus tentang hadits dha'if yang berjudul Adh-Dhu'afa'. Juga diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikhu Baghdad. Serta diriwayatkan juga oleh Ibnu Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu Asakir.

Mereka Yang Mendhaifkan

Adapun para muhaddits yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:

1. Imam As-Suyuthi

Beliau mengatakan bahwa hadits ini dhaif (lemah periwayatannya).

2. Syeikh Al-Albani

Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadits munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadits dhaif juga. Sebagai hadits munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadits matruk (semi palsu) dan maudhu' (palsu).

Sementara sanadnya adalah:

1. Sallam bin Sawwar

2. dari Maslamah bin Shalt

3. dari Az-Zuhri

4. dari Abu Salamah

5. dari Abu Hurairah

6. dari nabi SAW

Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.

Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadits, sebagai munkarul hadits. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa haditsnya tidak bisa dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan haditsnya. Perkataan Ibnu Hibban ini bisa kita periksa dalam kitab Al-Majruhin.

Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadits, hadits matruk adalah hadits yangdalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadits matruk adalah 'adik' dari hadits maudhu' (palsu).


Bezanya, kalau hadits maudhu' itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadits matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadits matruk itu boleh dibilang semi maudhu'.

Kesimpulan

Kesimpulannnya, haditsi ini punya dua gelar.

Pertama, gelarnya adalah hadits munkar karena adanya Sallam bin Sawwar.

Gelar kedua adalah hadits matruk karena adanya Maslamah bin Shalt.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

KOMEN UST ZAHARUDDIN

Jawapan yang diberi adalah benar, saya telah melakukan semakan juga, dan hasilnya adalah sama. Hadith tersebut adalah kurang kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau jika ingin pun, diletakkan dihujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis yang diragui.

Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguiinya apabila menyebut di awal bab itu,

إن صح الخبر

Ertinya : "Jika sohih khabar ini" ( Rujuk ibn Khuzaymah)

Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata :-

وفي سنده من صحح وحسن له الترمذي لكن ضعفه غيره ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله إن صح

Ertinya : "tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya : sekiranya sohih" ( Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384 )

Saya juga tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab arab silam samada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya , antaranya seperti berikut :-

1) I'anah at-Tolibin, 2/255;

2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;

3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469 ;

4) Targhib wa at-tarhib, 2/58

Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.

Sebagai akhirnya ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakan jika sohih olehnya sendiri, tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-Ayni dalam kitab 'Umdah Al-Qari' sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-

خطبنا رسول الله آخر يوم من شعبان فقال يا أيها الناس إنه قد أظلكم شهر عظيم شهر مبارك فيه ليلة خير من ألف شهر فرض الله صيامه وجعل قيام ليله تطوعا فمن تطوع فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة وهو شهر الصبر والصبر ثوابه الجنة وهو شهر المواساة وهو شهر يزاد رزق المؤمن فيه من فطر صائما كان له عتق رقبة ومغفرة لذنوبه قيل يا رسول الله ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم قال يعطي الله هذا الثواب لمن فطر صائما على مذقة لبن أو تمرة أو شربة ماء ومن أشبع صائما كان له مغفرة لذنوبه وسقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيئا وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار ومن خفف عن مملوكه فيه أعتقه الله من النار ) ولا يصح إسناده وفي سنده إياس قال شيخنا الظاهر أنه ابن أبي إياس قال صاحب ( الميزان ) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف والخبر منكر


Sekian, terima kasih.

Sumber

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1427 H