JOM BOOKCAFE

Jumaat, 20 September 2024

THE COURAGE TO BE DISLIKE-ICHIRO KISHIMI, FUMITAKE KOGA





Change yourself to be happy

The idea that we hold the key to our own happiness is a central theme in a book by Ichiro Kishimi and Fumitake Koga. This idea is based on the belief that we have the power to shape our own lives and destinies. It suggests that happiness isn't about what's happening around us or what others think of us, but about our own attitudes, beliefs, and actions.

Sometimes, we get stuck in ways of thinking and acting that don't make us happy. We might feel trapped by our past, our fears, or what we think we can't do. We might think we're just victims of what life throws at us, that we can't change our lives. This way of thinking can make us feel helpless and hopeless.

But the authors say this is wrong. They say we're not just on the receiving end of life, but we're active players. We can change our thoughts, our actions, and our attitudes. We can choose to let go of our past, face our fears, and go beyond what we think we can't do. We can decide to live in a way that's true to who we are and what we value most.

That's not to say that change is easy. It takes bravery, hard work, and sticking with it. It means taking risks and dealing with uncertainty. It might mean feeling uncomfortable, failing, or being criticized. But the authors say these challenges are worth it because they lead to growth, fulfillment, and in the end, happiness.

Take the story of a woman who was unhappy in her job. She felt unfulfilled, stressed, and undervalued. She thought her unhappiness was because of her boss, her coworkers, or the kind of work she was doing. But when she started to look at her beliefs and attitudes, she saw that she was the one making herself unhappy. She was choosing to stay in a job that didn't match her values, to put up with disrespect, and to stress about things she couldn't control. Once she saw this, she decided to make a change. She left her job, went after a career she loved, and started to set boundaries and manage her stress. It was a hard and scary process, but in the end, she found happiness and fulfillment.

In the end, the authors say that changing ourselves is the first step to real happiness. This means realizing we have the power to shape our lives, challenging our limiting beliefs and patterns, and making choices that are true to who we are and what we value most. It takes bravery, hard work, and sticking with it, but it leads to growth, fulfillment, and in the end, happiness.

Don't let your emotions rule you

Imagine this: you're standing at the edge of a cliff, looking down at the water below. You know that jumping in will be exhilarating, but you're scared. You're comfortable where you are, on solid ground. But you also know that if you don't jump, you'll always wonder what it would have felt like. This is a bit like how we often let our emotions control us.

We all have feelings, and they're important. They help us understand ourselves and the world around us. But sometimes, we let them take the driver's seat. We use them as a shield, a reason not to do something we know we should. "I'm too scared," we say. Or, "I'm too hurt." We let our anger or sadness stop us from facing tough situations. It's like we're sabotaging ourselves, stopping ourselves from reaching our full potential.

Think about someone who always talks about their past traumas. They say, "I can't do this because of what happened to me before." Sure, our past shapes us. But we get to choose how we react to it. We can let it control us, or we can learn from it and use it as a stepping stone towards growth and change.

Then there's the "comfort zone." It's that cozy, safe space where everything is familiar. It's natural to want to stay there. But real growth and change only happen when we step outside of it. It's scary, like jumping off that cliff. We might make mistakes. But it's only by taking these risks that we can truly grow and become happier.

So, how do we do this? We need to find a balance between our emotions and reality. We need to acknowledge our feelings, but not let them control us. We should use them as tools to help us understand ourselves and our needs better. This way, we can make decisions and take actions that align with our true desires and values.

In the end, if we want to live a happier and more fulfilling life, we need to change how much control our emotions have over us. This means stepping out of our comfort zone, facing our fears and excuses, and finding a balance between our feelings and reality. By doing this, we can break free from the chains of our emotions and truly become the person we want to be.

Ahad, 11 Ogos 2024

LITERASI UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.     Apa itu literasi undang-undang
Literasi undang-undang bermaksud celik undang-undang. Ia merupakan satu inisiatif untuk memberi kefahaman tentang undang-undang. Kefahaman yang betul akan menjadikan kumpulan sasar peka tentang apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan bertindak mengikut ketetapan undang-undang.Literasi undang-undang juga mampu mengubah persepsi individu yang menganggap undang-undang sebagai suatu yang kompleks dan digeruni.

2. Mengapa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) perlu tahu undang-undang? Apa kepentingannya?
Pengetahuan tentang undang-undang dalam kalangan PPP mempunyai hubungan langsung dengan kanak-kanak semasa menjalankan tugas. Kanak-kanak memiliki hak dan perlindungan tertentu di sisi undang-undang yang berbeza dengan hak orang dewasa. Selain itu, guru tidak sahaja bertanggungjawab mendidik murid dan menyampaikan ilmu semata-mata. Undang-undang menetapkan guru adalah ibubapa  gantian kepada murid-murid semasa mereka berada di sekolah. Maka guru perlu memahami peranan mereka sebagai ibu bapa gantian selain mempersiapkan diri dalam mendepani cabaran mendidik dan mencapai misi dan visi pendidikan yang telah ditetapkan.

3. Apakah hak dan tanggungjawab PPP di sekolah secara amnya?
Umumnya PPP sebagai penjawat awam mempunyai hak-hak yang diberikan oleh undang-undang. Antaranya, PPP tidak boleh disaman atas kapasiti dirinya sebagai individu sekiranya terdapat implikasi undang-undang yang menjejaskan tugas rasminya. PPP juga diberi hak untuk didengar sebelum sesuatu tindakan tatatertib diambil terhadapnya. Selain itu, PPP bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah peruntukan khusus seperti Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

4. Bagaimana PPP boleh menjalankan tugas dengan sempurna sekali gus mengelak daripada liabiliti undang-undang semasa menjalankan tugas sebagai guru?
Untuk mengelak daripada tindakan undang-undang yang tidak sewajarnya terhadap seseorang PPP, elemen sedar, peka, dan tindak perlu diamalkan. Setiap PPP digalakkan untuk sedar dan mengetahui undang-undang dan peraturan yang mengawal tugasnya sebagai guru. Pengetahuan ini akan membantu PPP untuk sentiasa peka terhadap persekitaran dan situasi yang berlaku semasa menjalankan tugas sebelum PPP bertindak berdasarkan kerangka undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

5. Apa konsep kejahilan undang-undang bukan pembelaan?
Terdapat sumber undang-undang yang mengatakan- ignorantia juris non excusat bermaksud kejahilan undang-undang bukan pembelaan. Dalam frasa itu, kita sudah faham bahawa kejahilan tidak boleh diterima sebagai alasan. Maka, penting untuk setiap individu tahu undang-undang apatah lagi guru yang sangat dekat dengan kumpulan kanak-kanak.

6. Tidak tahu? Jawapan PPP apabila disabitkan kesalahan undang-undang di mahkamah. Adakah ia boleh diterima? Apakah pula risikonya?
Ini  bermaksud  jika  seseorang  itu  ditahan  dan  dituduh di mahkamah, “saya tidak tahu perbuatan  ini  salah  di  sisi  undang-undang”  tidak  boleh  dijadikan  alasan  untuk  membela  diri.  sebagai  contoh, kesalahan gagal mengemukakan dokumen  pengenalan  diri  apabila  diperiksa.  setiap  warga  negara  Malaysia  hendaklah  sentiasa  membawa  kad  pengenalan  sebagaimana  yang  diterangkan  pada   Peraturan   6,   akta   Pendaftaran   negara  1959  (akta  1978)  dan  Peraturan-peraturan  1990  (Pindaan 2007) iaitu tanggungjawab menjaga kad  pengenalan menyatakan, 

orang  yang  kepadanya  suatu  kad  pengenalan  telah  dikeluarkan  hendaklah,  selepas  itu  dan  selagi dia masih menjadi orang berdaftar semula  di  bawah  peraturan-peraturan  ini,  pada  setiap  masa  membawa  pada  dirinya  kad  pengenalan  dan   tertakluk   kepada   peruntukan-peruntukan  peraturan-peraturan  ini.  Kegagalan  mana-mana  individu  mengemukakan  dokumen  pengenalan  diri ketika diperiksa oleh pihak polis adalah satu  kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990.  

7. Apakah skop undang-undang di Malaysia yang secara asasnya perlu diketahui PPP?
Secara amnya, skop undang-undang di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang sivil dan undang-undang jenayah. Undang-undang sivil mengawal hubungan di antara individu dengan individu manakala hubungan di antara individu dengan kerajaan dikawal oleh undang-undang jenayah. Apabila seseorang individu mendapati haknya telah terkesan akibat perbuatan atau peninggalan seseorang yang lain, individu tersebut akan menuntut melalui prosiding undang-undang sivil di mahkamah terhadap pihak satu lagi bagi mendapatkan ganti rugi atau remedi yang dibenarkan oelh undang-undang.
Prosiding jenayah melibatkan tindakan pendakwaan jenayah yang dimulakan oleh pendakwa raya terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah di sisi-undang-undang. Kesalahan jenayah lazimnya melibatkan jenayah kepada negara, jenayah kepada mahkamah, jenayah harta dan jenayah terhadap diri sendiri.

BERKATA IMAM MALIK BIN DINAR

 Al-Imam Malik Bin Dinar rahimullah berkata:

Ertinya: "Jika engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada badanmu, dan sulitnya rezekimu, maka ketahuilah bahawa hal itu disebabkan kerana engkau telah membicarakan perkara yang tidak ada manfaatnya bagimu."

Semoga Allah SWT berkenan menjadikan hati kita senantisa berzikir kepada-Nya.

Rabu, 5 Januari 2022

HATI-HATI SCAM YANG MENGGUNAKAN NAMA ANDA.PINJAM HARI INI BAYAR ESOK

TAKTIK BARU SCAMMER YANG MENGGUNAKAN NAMA ANDA UNTUK DAPATKAN PINJAMAN.ANDA MUNGKIN MERASAKAN MESEJ YANG DITERIMA ADALAH DARIPADA RAKAN ANDA NAMUN SEBENARNYA IA ADALAH SCAMMER.PASTIKAN ANDA MEMBUAT KOFIRMASI ATAS SETIAP MESEJ YANG MEMINTA ANDA UNTUK MEMBERI PINJAMAN WANG SEBAGAI LANGKAH BERHATI-HATI.




Khamis, 23 Disember 2021

IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN KECEKAPAN PENGURUSAN

 

IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN KECEKAPAN PENGURUSAN


Banjir dan ibrahnya dalam mencetak kreativiti manusia bagi menangani bencana alam dapat dilihat di pelbagai belahan negara dengan pelbagai aplikasi binaan teknologi canggih dalam bidang kejuruteraan yang dipraktikkan  bagi menghalang air bah daripada merosakkan aset tamadun yang dibangun oleh manusia.

Menonton klip video yang digunakan dalam mengatasi bencana banjir,jiwa pendidik ini mula terasa betapa rasionalnya pengenalan Pendidikan STEM dalam membangun generasi yang mampu menyumbang kepada penjanaan idea berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan .Pendidikan STEM atau singkatannya pendidikan untuk mengintegrasikan pengetahuan Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ini  telah merubah wajah peradaban dengan mewujudkan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia.Termasuk di dalamnya kaedah terbaik dalam pengurusan bencana alam seperti banjir yang berlaku khususnya di negara kita Malaysia.

Melihat kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran revolusi teknologi yang semakin sengit,Pendidikan STEM dilihat sebagai salah satu langkah proaktif yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan generasi muda untuk berdepan dengan cabaran peluang pekerjaan pada masa hadapan.Statistik kajian juga mendapati bahawa 65% murid sekolah rendah kini akan menceburi kerjaya yang tidak wujud lagi pada hari ini bahkan diramalkan 54%pekerjaan di Malaysia sekarang berisiko tinggi untuk menjadi automatic pada tahun 2050.Antara pekerjaan yang dikatakan akan melalui fasa automasi termasuklah agen insurans,juruaudit dan peguam.Perkembangan pesat teknologi AI (Artificial Inteligence ) kini telah menjadikan Pendidikan STEM semakin relevan dalam mencorak pembangunan negara pada masa hadapan.

Rumus penulisan ringkas ini ialah ingin menuntaskan kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran dan menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam negara termasuk di dalamnya aspek pengurusan bencana negara agar menjadi lebih cekap dan responsif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Jom tengok video klip rasionalisasi STEM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.



 

 

CATCH-UP PLAN KPMPERKASAKU

 

Rabu, 22 Disember 2021

PANDUAN PENGURUSAN BULI DI SEKOLAH TERBITAN KPM

 BULI

Gejala buli dalam kalangan murid dan pelajar khususnya di institusi-institusi Pendidikan merupakan wabak sosial yang semakin mengganas mempengaruhi tingkah laku songsang para pewaris masa hadapan negara kita.Apa sudah jadi pada nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah,apa sudah jadi pada sistem nilai yang diajar di institusi-institusi Pendidikan sehingga wabak buli ini masih menular mengikis nilai-nilai kemanusiaan insan.

Dimana punca dan apakah langkah ampuh yang dapat diambil untuk  mengatasi gejala ini yang mana kesan gejala buli ini direkodkan  sehingga ada yang menyebabkan kecederaan fizikal, emosi bahkan lebih ekstrim sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.Watak-watak pembuli yang tanpa perikemanusiaan mendatangkan kecederaan dengan pukulan,tendangan,bahkan aksi-aksi yang lebih kejam menggamit pilu di hati, apakah sudah jadi pada nilai kemanusiaan insan sehingga berperilaku seperti haiwan tanpa peradaban.

Tanpa mengira sempadan agama dan etika,gejala buli ini bukan sahaja meyebabkan pelbagai kesan negative yang tidak tertanggung pada si mangsa dan keluarga namun lebih serius daripada itu,apa akan jadi pada keyakinan masyarakat kepada institusi undang-undang dan Pendidikan negara sekiranya pelaku buli ini terus bebas tanpa hukuman setimpal yang diberikan kepadanya.

Retorik masyarakat,berilah peluang kedua..ya bahkan peluang ke 100 pun akan kita berikan sekiranya watak insan dan gejala buli ini diikat dengan mekanisme pencegahan dan pelaksanaan hukum yang lebih adil dan telus bukan sekadar peraturan yang terpampang tanpa penguatkuasaan.Alhamdulillah semoga, kecerdasan insan dalam menerapkan hukum yang adil menjadi asbab kepada terlahirnya manusia yang lebih cerdik beramal dengan kebaikan dan amalnya esok tidak muflis di mahkamah Tuhan.

Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏

Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.

Riwayat Muslim (2581)

Apabila isu gejala buli in terpapar di media sosial,  terpapar di dada-dada akhbar,hati yang tenang jadi marah,fikir yang tenang menjadi kusut mengenangkan nasib bangsa. Bahkan terkadang sehingga mata tidak sanggup lagi meneruskan menonton kebiadapan si pembuli membuli mangsa.Semoga mereka yang terlibat dalam gejala buli ini mengenangkan firman Allah

 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun.Surah al-Kahf (49)

Tidaklah terlepas dosa kecil mahupun dosa besar dalam timbangan neraca keadilan Tuhan. Semoga harapan untuk melihat penerapan undang-undang dan pelaksanaan hukum yang lebih cekap dan tegas dapat diimplimentasikanbagi menangani gejala buli dalam kalangan masyarakat khususnya di institusi-institusi pendidikan dalam negara.Model pelaksanaan pencegahan buli yang menyeluruh melibatkan tindakan hukum kepada si pembuli dan perlindungan kepada yang dibuli perlulah dikuatkuasakan pelaksanaannya dengan amanah tanpa mengira bulu dan pangkat sosial si pelaku.

Di bawah adalah link rujukan Panduan Pengurusan Buli Di Sekolah yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN

Panduan Pengurusan Buli