JOM BOOKCAFE

Khamis, 10 Mei 2012

SIKAP MINDA

   Saya anggap rencana ini yang terpenting di antara 100 rencana yang dikemukakan dalam buku ini.Sila duduk dan baca rencana ini dengan teliti dan bacakan berulang kali pada masa akan datang.
   Sikap minda adalah amat mustahak kerana kesemua kekayaan,samaada nilai ketara atau tidak (seperti kemewahan,persahabatan,pengetahuan,keriangan, dan kesejahteraan) bermula dengan satu keadaan minda,yang mana anda berkuasa dan bebas mengawalnya.Anda mampu mengolah pemikiran dan tindakan sendiri untuk kehidupan yang lebih bermakna,atau pilih untuk dicacatkan oleh kerisauan dan kebimbangan.Didapati bahawa sikap minda anda itu adalah hasil daripada nilai-nilai budi dan tujuan yang dipupuk sehingga ini.Ingatlah bahawa sikap minda yang positif adalah titik permulaan hidup yang bahagia.peraturan ini meliputi kesemua bahan rencahan yang dingini yang mesti disuburkan, seperti harapan dan keyakinan, ketulusan dan kewibawaan,keghairahan dan dorongan,kemurahan hati dan toleransi,kesantunan dan tanggungjawab dan seterusnya.

   Sikap minda terhadap kehidupan dan sikap kehidupan terhadap anda adalah bertimbal balik.Ia akan menentukan sama ada anda tewas kepada masalah hidup atau anda berjaya dengan cemerlang,Pada tahap ini saya tidak sabar hendak memperkenalkan anda kepada seorang manusia yang begitu luas pengalamannya,iaitu Jack Addington.Dalam bukunya 100 per sen Kuasa Minda,beliau merakamkan pengalaman 30 tahun memberi kaunseling kepada lebih 20000 orang yang bermasalah.Apa katanya?Saya akan beritahu anda kemudian tetapi seorang yang telah menolong lebih 20000 orang bermasalah sudah pasti telah mengatasi sebilangan besar masalah hidupnya.
   Satu perkara yang dipelajarinya ialah musuh terbesar manusia ialah dirinya sendiri.Walaupun setiap pesakitnya beranggapan mereka menghidapi masalah yang unik,Addington tetap mengakui bahawa penyakitnya adalah sama.Dengan cara tersendiri setiap orang telah merendahkan nilai diri dan kemampuannya untuk mencapai kejayaan.Setiap orang daripada mereka telah gagal untuk mendorong minda kepada usaha mengejar objektif-objektif yang lebih berfaedah.Setiap orang juga merasakan diri mereka dimusuhi pihak luar,padahal dialah yang memusuhi dirinya sendiri! Setiap orang tidak ada harga diri mahupun tujuan hidup ,enggan berusaha untuk bekerja bagi membuktikan kasih sayangnya kepada orang lain,sebaliknya dia menyalahkan seluruh dunia.Sekianlah kesimpulan yang boleh saya berikan.
   Addington juga membuat satu penemuan yang menarik bahawa psikologi mula berfungsi pada saat anda mahu mengamalkannya.Sebaik sahaja seseorang mengubah corak pemikirannya,mengulangkaji dan membuat tinjauan senuka sebelum memberi arahan baru kepada diri sendiri ,maka pengalaman luarannya mula berubah! Dengan itu Addington mengolahkan teknik 'Haluan Kendiri' iaitu seni menghalatujukan minda separa sedar ke arah sudut penggunaan yang baik.Beliau berkata,"Apa yang manusia percaya akan dirinya,apa yang dia dengan penuh yakin ingin memiliki atau harapkan,itulah pengalaman hakikinya."Seorang penulis terkenal John Milton merumuskannya dengan baik:"Minda apabila dalam keadaan ia berfungsi sendiri,boleh mengubah neraka menjadi syurga atau mengubah syurga menjadi neraka."Pada saat anda memilih untuk mengubah sikap dan pendekatan,persekitaran akan turut berubah, dan seluruh dunia akan kembali berkawan ke arah memberi bantuan kepada anda.Alangkah enaknya! anda tidak perlu ambil pelajaran daripada saya lagi,tidak sehingga melalui sebanyak 89 rencana lagi!
   Dari masa ke semasa masalah akan timbul dalam hidup anda,maka anda memerlukan sikap positif untuk mengatasi segala yang mungkin.Nasihat saya kuatkan semangat.Akan sampai ketikanya anda akan menghadapi cabaran yang amat kuat,mungkin sesuatu yang pada tahap krisis,nampaknya hidup ini amat tidak adil,daya ketahanan dan had kesabaran anda begitu mendesak hingga ke puncak.Kuatkan semangat dan terus bertahan.Didapati ramai telah berjaya melepasi ujian hidup seperti demikian untuk menjadi orang yang lebih baik dengan semangat yang lebih kukuh.Orang yang lemah ialah orang yang membiarkan pengalaman pahit itu menghancurkan hidup mereka.
   Kajian oleh pakar bertahun-tahun telah mendapati dan saya sendiri telah mengalami bahawa kesengsaraaan hidup itu ada matlamatnya yang kesemuanya telah tersusun mengikut perancangan Tuhan.Contohnya saya terpaksa bekerja jauh terpisah daripada keluarga,memang ia merupakan satu halangan tetapi dengan keadaan berkenaan pendapatan saya telah bertambah.Isteri dan saya sendiri saling merindui dan lebih mencintai satu sama lain malah saya berjaya menulis surat kepada anak-anak dengan kata-kata peransang yang indah,seterusya menghasilkan buku ini untuk memberi manfaat kepada anak-anak dan remaja di seluruh dunia.Tidak boleh dinafikan bahawa semua kesengsaraan dapat menguatkan jati diri dan menyediakannya untuk perkara lebih besar dan peluang yang lebih baik.Anda harus merasai kepahitan hidup,sebelum dapat mengecap nikmat kejayaan.
   Saya sempat membaca kisah hidup artis pop terkenal yang telah bangkit daripada kepompong kesusahan hidup pada zaman muda mereka.Tanpa menyebut nama,salah seorang daripada mereka pernah mengalami hidup yang amat susah.beliau pernah kehilangan teman perempuan yang cantik,hampir membunuh diri dan terpaksa dirawat di hospital sakit otak.kemudian dia melantun semula bangun dengan sikap minda yang positif serta penuh dengan ketabahan,untuk meneruskan hidup serta meraih kejayaan dan kekayaan sebagai penyanyi,penulis lagu ynag terkenal.Beliau kemudian mengahwini perempuan yang jauh lebih cantik daripada dahulu! Sesetengah pihak mampu bangun semula setelah ditimpa bala dan menemui harapan yang mendorong mereka dan orang lain ke arah kejayaan hidup.Contohnya ialah pergerakan I.M.P.M atau Ibu Menentang Pemandu Mabuk.Setelah seorang ibu kehilangan anaknya melalui kemalangan kereta,dia menanamkan semangat untuk memperjuangkan hak keselamatan dan mengubah persepsi seluruh dunia terhadap minuman keras.Mesejnya disini ialah : Gunakan kesengsaraan anda untuk menyemarakkan semangat kendiri dan orang lain.
   Saya yakin ketabahan adalah jisim penting dalam diri setiap manusia.kamus Oxford mendifinisikan ketabahan sebagai 'keberanian ketika sakit dan kerugian'.Ia dikenali sebagai penyelamat sewaktu terpinggir oleh keadaan.Maka ingatlah,teruskan usaha ke hadapan dengan penuh semangat.Bertanggungjawab sepenuhnya walau apa pun yang terjadi.Hal ini mengingatkan kita semua kepada Joan of Arc,Sir Winston Churchill, dan ramai lagi yang berjaya membuktikan tahap keberanian dan ketegasan mereka.
   Satu lagi komponen sikap minda positif yang membuatkan manusia itu sentiasa gembira ialah bersyukur.Manusia yang bersyukur adalah yang paling beruntung dalam dunia ini kerana mereka sentiasa berpuas hati dan berterimakasih terhadap apa yang dimiliki dan mereka melihat kesemuanya dan di mana jua adalah baik belaka.Pentingnya perkara ini saya telah khaskan satu rencana khusus untuk tajuk 'Menemui Kebaikan di mana Sahaja'.Anda patut bersyukur dengan apa yang anda ada.Orang yang alpa mengenai kebaikan di sekelilingnya hanya layak menjadi paku atau lebih baik mati sahaja.Biar saya kirimkan anda dengan helikopter ke kawasan perang atau kebuluran seperti yang pernah berlaku di Rwanda dan Somolia.Tenggelamkan diri anda dalam timbunan mayat manusia...dalam kalangan suami yang sedang nazak di pangkuan isteri...anak-anak yang rebah melihat ayah dan ibu mereka yang sedang ditetak hingga mai di hadapan mereka...dan anda pasti akan lebih bersyukur.Maka jangan sekali-kali anda bersikap alpa terhadap barang-barang milik anda,saudara mara,ibubapa, dan rakan-rakan seperjuangan.Bayangkan buat seketika masa anda sedag tercedera dan berdiri keseorangan di tengah padang pasir benua Afrika.
   Seharusnya kita sibuk menikmati semua perkara dan objek baik yang menyeronokkan di sekeliling kita sehingga tidak ada masa untuk benda-benda yang kurang nyaman.Semasa kanak-kanak,kita pernah terjatuh,menangis kesakitan tetapi sejurus kemudian bangun semula untuk menikmati permainan baru.Kebolehan pemantulan sebegini dianggap istimewa bagi kanak-kanak tetapi mudah hilang ketika sudah dewasa.Didapati orang dewasa lebih mudah tergelincir mengikut arus kekecewaan.Mereka seharusnya meniru gelagat kanak-kanak tadi yang sentiasa mengharapkan yang terbaik yang boleh diperoleh daripada keadaan sekeliling,sanggup menerima sedikit kesakitan dan banun semula mencari permainan baru yang lebih menggembirakan.Kanak-kanak yang boleh berhibur setiap minit dalam kehidupan seharian mereka,menghayati setiap permainan,setiap waktu tidur,setiap makanan dan setiap persahabatan.
   Sila abadikan 3 perkataan berikut dalam 'Kamus Kejayaan' anda:Sikap ,Ketabahan,Kesyukuran
   Jika sikap anda terhadap dunia adalah baik,memikat dan penuh kesyukuran maka anda akan dapat merasai tindak balas yang menyenangkan.Berikan yang yang terbaik untuk setiap yang anda lakukan.Jika tingkah laku anda negatif,janganlah berharap! Anda boleh mula semaikan sikap yang baik sekarang,dengan memandang semua orang yang anda temui sebagai berharga.Sebagai kesimpulan,saya berikan satu contoh:Minggu lalu kawan saya paul mahu saya pilihkan sebuah gitar untuknya.Pembantu dalam kedai pertama yang kami singgah tidak mengendahkan sangat kehadiran kami sebaliknya jurujual wanita di kedai yang kedua sungguh bersemangat melayan kami dismping menunjukkan kepada kami beberapa jenis gitar yang dipamerkan.Gitar agaknya serupa,tetapi anda boleh meneka daripada kedai mana kami membeli gitar berkenaan!

"Sikap minda yang baik adalah lebih baik daripada kecerdasan minda"

"Yang penting dan yang perlu ditegaskan dalam hidup ini bukanlah apa yang terjadi kepada diri kita,tetapi sikap dan pendirian yang kita ambil terhadap apa yang telah berlaku"-Zig Ziglar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan