Jumaat, 12 Oktober 2012
Khamis, 11 Oktober 2012
Bantulah Saudaramu, Allah Akan Membantumu!
Sungguh manusia yang suka menyusahkan kehidupan orang lain, terselit di hatinya
sifat ujub yang disembunyikan dalam kepetahan berkata- kata. Mengangkat dirinya dalam perlembagaan ciptaan manusia , sekadar medan fikir dan
ilmu sempit yang disangkanya luas. Ilmu yang tidak dikembalikan
kepada yang Maha Tahu, sungguh nilainya kosong dalam percaturan
ukhrawi. Rasa kehambaan yang hilang, mewujudkan jurang rasa, bahawa aku
lebih sempurna. Mencari-cari ruang membesarkan kesalahan insan,sedangkan
ruang nasihat dan kemaafan terlebih utama untuk didahulukan.Bantulah
saudaramu..jangan sukarkan..sungguh jasadmu tidak terangkat., tidak
tertanam...dan tidak terkafan...malainkan tangan saudaramu yang
membantu...atas rasa ihsan...~~
Sungguh
janggal dan pelik bila melihat ada golongan yang didatangi oleh
individu yang memerlukan bantuan namun dia tidak membantunya sedangkan
dia boleh menolong orang tersebut. Apakah dia sendiri tidak pernah
memerlukan bantuan orang lain dalam hidupnya?.
Sikap
enggan menolong orang lain tidak lain tidak bukan melainkan kerana
mementingkan diri sendiri, sombong, angkuh dan jahil dengan agama.
Sungguh
rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu
berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan
beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.
Dari Abu Hurairah r.a Nabi saw bersabda :
“Barang
siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya
Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa
memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan
urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim,
maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan
menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. ( Imam Muslim)
Hadis ini menerangkan beberapa kewajipan terhadap orang lain
iaitu :
iaitu :
1- Sesiapa yang menyelesaikan masalah orang lain akan dibalas oleh Allah dengan diselesaikan masalahnya di akhirat.
2- Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.
3- Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat.
4- sesiapa yang menolong saudaranya akan mendapat pertolongan Allah setiap masa.
Apa
lagi alasan untuk kita tidak melaksanakan kewajipan di atas?
Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah yang daif amat-amat memerlukan
urusan kita dibereskan dalam kehidupan akhirat kelak. Begitu juga agar
keaiban diri kita ditutup oleh Allah. Tiada siapa yang dapat membantu
dan menyelesaikan semua urusan kita di akhirat melainkan Allah SWT.
Untuk
mendapat jaminan tersebut kita hendaklah berbakti kepada saudara kita
yang memerlukan. Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Bantulah sekadar kemampuan yang ada.
Jangan
kecewakan mereka, jangan pentingkan diri sendiri, jangan bersikap
sombong dan angkuh. Anda akan rugi di dunia di akhirat. Mungkin hari ini
mereka memerlukan bantuan, entah satu masa nanti kita pula akan
memerlukan bantuan tersebut.
Semoga
Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong
orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat
di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.
BANK SOALAN BAHASA MELAYU
Bahan-bahan ini adalah bersumber daripada blog http://lamanbahasa.wordpress.com.
SOALAN PERCUBAAN 2012A. PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012
1. PULAU PINANG - BM 1 , BM 2 , SKEMA
2. SBP – BM K1 , BM K2 , SKEMA
3. PERAK – BM K1 dan K2 , SKEMA
4. NEGERI SEMBILAN – BM K1 , BM K2 , SKEMA
5. MELAKA – BM K1 , BM K2 , SKEMA
6. PAHANG – BM K1 , BM K2 , SKEMA
7. KEDAH – BM K1 , BM K2 , SKEMA
———————————————————————————————————————————————
B. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012
1. PULAU PINANG – BM 1 , SKEMA BM 1 , BM 2 , SKEMA BM 2
2. SBP – BM 1 , BM 2 , SKEMA
3. TERENGGANU – BM 1 , BM 2 , SKEMA BM1 , SKEMA BM2
4. KEDAH – BM 1 dan SKEMA , BM 2 dan SKEMA
5. PERLIS – BM 1 dan BM 2 , SKEMA
6. PERAK – BM 1 dan BM 2 , SKEMA BM1 , SKEMA BM 2
7. SELANGOR - BM 1 dan BM 2 , SKEMA
8. NEGERI SEMBILAN -
9. WILAYAH PERSEKUTUAN -
10. MELAKA - BM 1 , BM 2 , SKEMA
11. MRSM -
12. JOHOR -
13. KELANTAN -
14. SARAWAK -
15. SABAH -
16. PAHANG - BM 1 , BM 2 , Skema BM 1 , Skema BM 2
17. YAYASAN ISLAM KELANTAN - BM 1 & BM 2 , SKEMA
————————————————————————————————————————–
SOALAN PERCUBAAN PMR 2011
1. PULAU PINANG – BM1 , BM2 , SKEMA JAWABAN
2. KEDAH – BM1 , BM2 , SKEMA
3. SBP – BM KERTAS 1 , BM 2 , SKEMA
4. KELANTAN – BM 1 , BM 2
5. MELAKA - KERTAS 1 , KERTAS 2 , SKEMA
ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – sumber Cikgu Zaki
BM KERTAS 1
BM KERTAS 2
1. PULAU PINANG - BM1 , BM2 , SKEMA BM1 , SKEMA BM2
2. KEDAH – SET LENGKAP DAN SKEMA
3. SBP – KERTAS 1 , KERTAS 2 , SKEMA KERTAS 1 , SKEMA KERTAS 2
4. TERENGGANU - KERTAS 1 , KERTAS 2 , SKEMA
5. SABAH – KERTAS 1 , KERTAS 2
6. YAYASAN ISLAM KELANTAN – Kertas 1 , Kertas 2
7. MRSM - BM1 , BM2 , SKEMA BM1 , SKEMA BM2
8. KELANTAN – BM1 dan BM2 , SKEMA BM1 DAN BM2
9. WP KUALA LUMPUR – BM1 dan SKEMA ,
10. JOHOR – BM1 , BM2 , SKEMA BM1 , SKEMA BM2
11. PERAK – BM1 dan BM2
12. NEGERI SEMBILAN – BM1 dan BM2
13. PERLIS – BM1 , BM2
14. PAHANG – BM1 , BM2
15. MELAKA - BM1 , BM2 , SKEMA BM1
16. SARAWAK ZON C - BM1 dan BM2 , SKEMA BM1 dan BM2
SOALAN PERCUBAAN SPM 2010:
1. PULAU PINANG – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA JAWABAN BM1 dan BM2 , RALAT SKEMA JAWAPAN SOALAN 2a) ii BM2
2. MRSM – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA MRSM 2010
3. MELAKA – BAHASA MELAYU KERTAS1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA
4. SBP – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
5. JOHOR – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
6. NEGERI SEMBILAN – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
7. SABAH – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
8. TERENGGANU – BAHASA MELAYU 1 DAN 2 , SKEMA
9. PERLIS – BM 1 , BM2
10. KEDAH – BM K1 dan K2 , SKEMA
11. SARAWAK – BM1 dan BM2 , SKEMA
12. KELANTAN - BM1 , BM2 , SKEMA
13. KUALA LUMPUR – BM1 , BM2
14. PERAK – BM1 , BM2 , SKEMA
15. PAHANG – BM1 , BM2 , SKEMA
16. SELANGOR – BM1 , BM2 SKEMA
————————————————————————————————————–
SOALAN PERCUBAAN PMR 2010:
1. PULAU PINANG – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA BAHASA MELAYU K1 dan K2
2. KEDAH – BM1 DAN BM2 (SKEMA)
3. MELAKA – BM1 DAN BM2 (SKEMA)
4. PAHANG – BM1 DAN BM2 (SKEMA)
5. PERLIS – BM1 DAN BM2 (SKEMA)
6. TERENGGANU – BM1 DAN BM2
————————————————————————————————————
SOALAN NEGERI MELAKA PPT 2010 - PPT BM1 & BM2 MELAKA (SKEMA)
———————————————————————————————————-
ANALISIS SOALAN SPM 2001 – 2010 (JUN):
SOALAN 1 (RUMUSAN) – ANALISIS SOALAN RUMUSAN 2001-2010
SOALAN 2 (PEMAHAMAN) - ANALISIS SOALAN 2(b) -CERPEN/DRAMA ,
ANALISIS SOALAN 2 (c) – Prosa Klasik, ANALISIS SOALAN 2 (d) – PUISI.
SOALAN 3 (PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA) – ANALISIS SOALAN 3 (a) – Membina ayat ,
ANALISIS SOALAN 3 (b) , ANALISIS SOALAN 3 (c) – Kesalahan Ejaan dan Imbuhan ,
ANALISIS SOALAN 3 (d) , ANALISIS SOALAN 3 (e) – Peribahasa.
SOALAN 4 (NOVEL) – ANALISIS SOALAN 4 – Novel
———————————————————————————————————-
BANK SOALAN SPM:
SOALAN TINGKATAN 4:
SET 1 : KERTAS 1 BM T4 KERTAS 2 BM T4 SKEMA JAWAPAN SET 1 (BM2)
SET SOALAN SPM
KERTAS 1
SET 1
SET 2
SET 3
SKEMA BM 1
KERTAS 2:
SET 1 , Skema SET 1
SET 2 , Skema SET 2
SET 3 , Skema SET 3
SET 4 , Skema SET 4
SET 5 , Skema SET 5
SET 6 , Skema SET 6
SET 7
SET 8 , SKEMA JAWAPAN SET 7 DAN SET 8
SOALAN PERCUBAAN SPM 2007 (PULAU PINANG)
SOALAN:
Bahasa Melayu Kertas 2
Bahasa Melayu Kertas 2
SKEMA JAWAPAN BM1
SKEMA JAWAPAN BM2
SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 (PULAU PINANG)
Bahasa Melayu Kertas 1
Bahasa Melayu Kertas 2
SKEMA BM 1 2008
SKEMA BM 2 2008
SOALAN PERCUBAAN SPM 2009 :
SBP PERCUBAAN SPM 2009 BM1 & BM2
TERENGGANU BM2
SABAH – BM K1&K2 (skema)
PPINANG-BMK1 & K2 (SKEMA) BM KERTAS 1 (SKEMA) BM KERTAS 2
PAHANG – BM K1 & K2 (skema)
JOHOR – BM K1 & K2 (skema)
KEDAH – BM K1 & K2
BM-KELANTAN (SKEMA)
MRSM
Sabtu, 6 Oktober 2012
LDP DASAR DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM 2012
Dasar Kokurikulum
MUAT TURUN BAHAN LDP KOKURIKULUM 2012 SMK TANJONG BUNGA
CONTOH RANCANGAN TAHUNAN PERSATUAN DAN KADET 2012
Terdapat Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia
Oleh: Ustaz Abu Basyer
Sahabat yang dirahmati Allah, Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah
S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan
Allah S.W.T yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada
seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.
Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang
lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau
lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat
demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana
mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam
keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya
menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan
kerosakan.
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada
disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki
tersebut. Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.
Huraian faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut.
Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana
sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau
menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan
tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu,
maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang
perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.
Pendek kata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan
perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki
sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama
tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat
mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pemaaf.
Fiirman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A’raaf ayat 199)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di
kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di
ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka
memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan
(kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Kedua : Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan
kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela
kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang
mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau
orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan
dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia
tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.
Langgan:
Catatan (Atom)