Sikap
enggan menolong orang lain tidak lain tidak bukan melainkan kerana
mementingkan diri sendiri, sombong, angkuh dan jahil dengan agama.
Sungguh
rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu
berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan
beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.
Dari Abu Hurairah r.a Nabi saw bersabda :
“Barang
siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya
Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa
memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan
urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim,
maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan
menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. ( Imam Muslim)
Hadis ini menerangkan beberapa kewajipan terhadap orang lain
iaitu :
iaitu :
1- Sesiapa yang menyelesaikan masalah orang lain akan dibalas oleh Allah dengan diselesaikan masalahnya di akhirat.
2- Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.
3- Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat.
4- sesiapa yang menolong saudaranya akan mendapat pertolongan Allah setiap masa.
Apa
lagi alasan untuk kita tidak melaksanakan kewajipan di atas?
Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah yang daif amat-amat memerlukan
urusan kita dibereskan dalam kehidupan akhirat kelak. Begitu juga agar
keaiban diri kita ditutup oleh Allah. Tiada siapa yang dapat membantu
dan menyelesaikan semua urusan kita di akhirat melainkan Allah SWT.
Untuk
mendapat jaminan tersebut kita hendaklah berbakti kepada saudara kita
yang memerlukan. Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
Bantulah sekadar kemampuan yang ada.
Jangan
kecewakan mereka, jangan pentingkan diri sendiri, jangan bersikap
sombong dan angkuh. Anda akan rugi di dunia di akhirat. Mungkin hari ini
mereka memerlukan bantuan, entah satu masa nanti kita pula akan
memerlukan bantuan tersebut.
Semoga
Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong
orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat
di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan