Jumaat, 31 Mei 2013
Rabu, 29 Mei 2013
Ibu bapa bela salah pelajar pincangkan sistem pendidikan
SEJAK kebelakangan pasti ada berita mengenai kerenah ibu bapa yang
melenting apabila anak mereka didenda di sekolah. Inilah antara sifat
ibu bapa zaman sekarang. Amat berbeza dengan ibu bapa zaman saya masih
bersekolah dulu.
Ibu bapa dulu amat tegas dan menitikberatkan disiplin anak.
Anak akan berada di rumah sebelum Maghrib dan terus masuk tidur selepas
mengulang kaji pelajaran.
Maghrib dan Isyak adalah untuk beribadah bersama keluarga. Nilai
sebeginilah menentukan akhlak remaja. Sebab itulah saya kini menjadi
‘orang’, bukannya penagih, perogol atau penyamun.
Dulu, di sekolah kita takut untuk melakukan kesalahan.
Bimbang kena denda dengan guru dan apabila pulang, ibu atau bapa pula
menghukum atas kesalahan sama.
Namun kini, pelajar semakin berani melanggar disiplin, melawan
arahan guru serta melakukan kesalahan sesama pelajar kerana tahu tidak
akan didenda dan guru kini sudah tidak ambil pedulikan mereka.
Puncanya, apabila ibu bapa selalu menyalahkan sekolah apabila
anak didenda walaupun hukuman itu hanyalah untuk menyedarkan pelajar.
Banyak kes ibu bapa menyerang guru hanya disebabkan hukuman kecil
seperti memotong rambut.
Ibu bapa menyalahkan guru tanpa usul periksa. Mereka terlalu
memanjakan anak serta terlalu percaya kata anak mereka. Ada juga ibu
bapa menggunakan media untuk menghentam sekolah dan turut mengheret
kementerian berkaitan. Ibu bapa juga berani menggunakan ahli politik
semata-mata untuk mempertahankan kesalahan anak mereka.
Institusi pendidikan kini bagaikan tempat berpolitik bagi ibu
bapa, mencari publisiti di akhbar serta tempat melepaskan geram bagi
pihak anak. Tiada lagi rasa hormat kepada guru, yang ada hanya syak
wasangka.
Apabila anak ‘naik lemak’, ibu bapa tidak menghormati guru dan
guru takut mengambil tindakan maka pincanglah sistem pendidikan.
Hasilnya lahirlah generasi tidak takut undang-undang, pemberontak, melanggar tatasusila dan tidak mengenal halal dan haram.
BUKAN GURU,
Cheras.
Nota kaki:Antara tugas guru ialah mendidik pelajar supaya menjadi manusia yang berguna dan kaedah didikan bukanlah semata-mata nasihat dan teguran.Terkadang tindakan disiplin yang lebih tegas perlu diambil untuk melatih dan menyedarkan pelajar supaya mematuhi peraturan sekolah setelah berkali-kali nasihat dan surat amaran dikeluarkan.Kalau semua manusia mampu berubah hanya dengan kata-kata...nescaya negara kita tidak memerlukan polis dan tentera untuk menjaga keamanan negara.Fikir-fikirkan.
Selasa, 28 Mei 2013
WHEN THINGS ARE BEYOND YOUR CONTROL
Here’s
a recipe for permanent misery...
a) Decide
how you think the WORLD SHOULD be.
b) Make
rules for how everyone SHOULD behave.
Then,when
the world doesn’t obey your rules,get angry!!
That’s
what miserable people do!!
Let’s
say you expect that:
Friends
SHOULD returns favours.
People
SHOULD appreciate you.
Planes
SHOULD arrive on time.
Everyone
SHOULD be honest.
Your
husband SHOULD remember your birthday.
These
expectations may sound reasonable.But often,these things won’t happen.So you
end up frustrated and disappointed.
There’s
are better strategy.Don’t heve so many demands.Instead,have preferences!
For
things that are beyond your control,tell yourself:
“I
WOULD PREFER “A”, BUT IF “B” HAPPENS, IT’S OK TOO!”
This
is really a game that you play in your head.
But
if you make the game a habit,you have more peace of mind...
You
prefer that people are polite...
But
when they are rude,its doesn’t ruin your day.
You
prefer sunshine...but rain is OK!!
In
other words,you practise flexibility.
To
become happier,we need to either a) change the world,or b) change our
thinking.It is easier to change our thinking.
IN A NUTSHELL
It’s not what happen to you that determines your
happiness.It’s how you think about what happens to you.
Nota kaki: Sangat praktikal!!
By:Andrew Matthews
Jumaat, 24 Mei 2013
IKUT HATI ANDA-FOLLOW YOUR HEART BY ANDREW MATTHEWS
BUKU INI TENTANG
- MEMBUAT APA YANG ANDA MINATI
- MENANGANI BIL DAN KAKI PATAH
- MENEROKA KEUPAYAAN SENDIRI
- MENDAPAT KETENTERAMAN JIWA
- MENANGANI BENCANA
- TIDAK MENYALAHKAN IBU ANDA
DAN TENTANG
- BAGAIMANA CARA ORANG BAHAGIA BERFIKIR
- MENGAPA ORANG KAYA MENDAPAT WANG,KADANGKALA SECARA KEBETULAN
- APA YANG DIBUAT OLEH ORANG GAGAL DAN BAGAIMANA MENJAUHINYA!
KLIK TAJUK DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD:
FIKIR-FIKIRKAN
Mari kita renung-renungkan perkara ini ;
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
- Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
- Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
- Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
- Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
- Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
- Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.
sumber:unit psikologi dan kaunseling PPD Timur Laut
Khamis, 2 Mei 2013
Langgan:
Catatan (Atom)