Khamis, 4 Oktober 2012
Ciri-ciri Pelajar yang Gagal !!!!
Kes Buli: Antara Pembuli dan Mangsa Buli
BUANG SEKOLAH !!!
Oleh: Marni (Blog Marni)Cabaran terbesar dalam usaha membentuk sahsiah diri pelajar di sekolah bukannya datang daripada Falsafah Pendidikan Negara. Bukan daripada segala sistem yang mengawal proses pengajaran dan pembelajaran di tanah air tercinta. Bukan juga daripada pengaruh luar yang ada di sekeliling kita. Cabaran terbesar dalam usaha membentuk sahsiah diri pelajar di sekolah datangnya daripada ibubapa.
Beberapa hari lalu, kita mendengar kisah
20 orang pelajar pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Kubang
Pasu, Kedah dibuang sekolah. Ibu bapa kepada para pelajar ini bingkas
bangun dan bersuara melalui media. Kononnya nasib anak mereka tidak
terbela. Kononnya mereka tidak diberi peluang berbincang tentang apa
yang sudah dilakukan oleh anak mereka.
Jauh sekali pertimbangan dibuat tentang
nasib pelajar yang menjadi mangsa perlakuan anak-anak mereka. Emosi
siapa yang terjejas dalam kes-kes buli sebegini, mangsa atau pemangsa?
Hairan, mengapa pula media mendedahkan ‘nasib malang’ pelajar yang
dibuang tanpa mengambil kira nasib malang pelajar yang menjadi mangsa?
MAJLIS SOLAT HAJAT 2012
Situasi
Azman sangat mnginginkan untuk mendapatkan sebuah motosikal tetapi hajatnya selalu tergendala oleh berbagai macam halangan.Rasman pula mahu melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan diploma tetapi dia berasa kurang yakin kepada dirinya.Junaidah kehilangan anaknya dan sangat-sangat berhajat agar anaknya itu dapat dikembalikan kepadanya.Mereka semua perlukan bimbingan tentang amalan apakah yang baik untuk mereka agar apa-apa yang dihajatkan dapat diperolehi.Tidak ada yang lebih berkuasa selain Allah,kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.Daripadanya datangnya segala kebaikan dan keburukan.Orang yang beriman ialah orang yang mempercayai segala kekuasaan Allah sementara orang yang tidak beriman pula tidak percaya terhadap kekuasaan Allah.
Firman Allah s.w.t
Maksudnnya:Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan solat.Seungguhnya solat itu amat berat (untuk dilakukan) kecuali kepada orang yang khusyuk.
(Surah al-Baqarah:45)
Daripada Abu Darda',Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berwudhuk kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna maka Allah akan berikan kepadanya apa-apa yang dia minta sama ada cepat ataupun lambat."
(Riwayat Ahmad)
Cara-caranya
Caranya sangat mudah sama seperti kesemua solat-solat dua rakaat yang lain.Lakukanlah solat ini pada bila-bila masa tidak kira pagi,petang atau malam selain waktu-waktu haram
Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata."sahaja saya solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah.
2.Takbir
3.Baca doa Iftitah
4.Baca Ta'awwudz
5.Baca surah al-Fatihah
6.Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
7.Takbir dan Rukuk
8.Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10.Duduk dan bacaannya
11.Sujud dan bacaannya
12.Bangun rakaat kedua dengan takbir
Rakaat Kedua
1.Baca surah al-Fatihah
2.Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
3.Takbir dan rukuk
4.iktidal dan bacaannya
5.Sujud dan bacaannya
6.Duduk dan bacaannya
7.Sujud sesudah membaca bacaannya maka mintalah akan hajat kita.
8.Duduk tahuyat akhir dan bacaannya.
9.Salam penutup
Boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari asalkan dalam satu-satu masa hanya cukup dua rakaat sahaja.Tidak ada riwayat yang sah yang dapat menyokong adanya bacaan surah atau ayat-ayat tertentu yang dibaca beberapa kali dalam solat ini sehingga menjadikannya ibadah yang susah dan berat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Agama Islam itu mudah maka janganlah dipersulitkan."
Semua bacaan seumpama itu rekaan yang ditetapkan tanpa ada asasnya sama sekali
Sumber:Solat Sunat Kaitannya Dengan Keperluan Masa Kini
:Ustaz Abdul Rahman Mohamed
:Telaga Biru.
Rabu, 3 Oktober 2012
Mengapa Anda Lupa?
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku
Mohamad, Ph.D
Adakah masalah lupa merungsingkan
anda? Itu sudah pasti,
bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang
telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal.
Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari
ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.
Jangan
cari alasan. Ramai
pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau
membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok
lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah
anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan
cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??
Sebenarnya
wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim
peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan
nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran
dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang
anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang
anda telah faham.
Langgan:
Catatan (Atom)