JOM BOOKCAFE

Khamis, 4 Oktober 2012

Ciri-ciri Pelajar yang Gagal !!!!

Bukan senang untuk berjaya tetapi bukan susah untuk gagal. Orang yang sering gagal adalah orang yang mempunyai banyak ciri kegagalan. Kadangkala seseorang itu tidak sedar dia sering melakukan sesuatu yang mengundang kegagalan. Oleh itu antara ciri kejayaan adalah dengan cara mengenal ciri kegagalan. Perhatikan ciri-ciri di bawah ini dan pastikan anda tidak mengamalkannya.

  • Mempunyai sifat malas yang merupakan musuh utama kepada kejayaan.
  • Tiada semangat atau motivasi sehingga merasakan bahawa pelajaran itu sesuatu yang payah, pahit dan menyusahkan.
  • Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan sehingga pelajaran tidak dihargai.
  • Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
  • Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Mengambil sikap sambil lewa dalam pelajaran.
  • Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
  • Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
  • Sering datang lewat ke sekolah sehingga pelajaran terganggu.
  • Selalu ponteng sekolah.
  • Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
  • Berangan-angan semasa guru mengajar di depan.
  • Sering bermain-main dalam bilik darjah.
  • Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
  • Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan memberi masalah pada orang lain.
  • Melakukan aktiviti yang tidak sihat atau tidak bermoral.
  • Suka membuang masa seperti lepak dengan rakan-rakan di tempat-tempat awam.
  • Menjadikan kemiskinan sebagai penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
  • Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
  • Lebih banyak bergantung kepada orang lain untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
  • Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
  • Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
  • Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
  • Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit untuk pelajaran.
  • Menghabiskan wang tambahan untuk membeli alat solek, majalah hiburan atau benda-benda lain yang tidak berguna kepada pelajar.
  • Tidak menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
  • Bergaduh dengan ibu-bapa dan guru menjelang peperiksaan.
  • Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
  • Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah (bagi orang Islam).
  • Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan