JOM BOOKCAFE

Khamis, 11 Oktober 2012

Bantulah Saudaramu, Allah Akan Membantumu!



Sungguh manusia yang suka menyusahkan kehidupan orang lain, terselit di hatinya sifat ujub yang disembunyikan dalam    kepetahan berkata- kata.  Mengangkat dirinya dalam perlembagaan ciptaan manusia , sekadar  medan fikir dan ilmu sempit  yang disangkanya luas. Ilmu yang  tidak   dikembalikan kepada yang Maha Tahu, sungguh nilainya kosong dalam percaturan ukhrawi. Rasa kehambaan yang hilang, mewujudkan jurang rasa, bahawa aku lebih sempurna. Mencari-cari ruang membesarkan kesalahan insan,sedangkan ruang nasihat dan kemaafan terlebih utama untuk didahulukan.Bantulah saudaramu..jangan sukarkan..sungguh jasadmu tidak terangkat., tidak tertanam...dan tidak terkafan...malainkan tangan saudaramu yang membantu...atas rasa ihsan...~~
Sungguh janggal dan pelik bila melihat ada golongan yang didatangi oleh individu yang memerlukan bantuan namun dia tidak membantunya sedangkan dia boleh menolong orang tersebut. Apakah dia sendiri tidak pernah memerlukan bantuan orang lain dalam hidupnya?. 

Sikap enggan menolong orang lain tidak lain tidak bukan melainkan kerana mementingkan diri sendiri, sombong, angkuh dan jahil dengan agama.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.


Dari Abu Hurairah r.a  Nabi saw bersabda :

 “Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. ( Imam Muslim)

Hadis ini menerangkan beberapa kewajipan terhadap orang lain

iaitu :

1- Sesiapa yang menyelesaikan masalah orang lain akan dibalas oleh Allah dengan diselesaikan masalahnya di akhirat.

2- Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.

3- Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat.

4- sesiapa yang menolong saudaranya akan mendapat pertolongan Allah setiap masa.
Apa lagi alasan untuk kita tidak melaksanakan kewajipan di atas? Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah yang daif amat-amat memerlukan urusan kita dibereskan dalam kehidupan akhirat kelak. Begitu juga agar keaiban diri kita ditutup oleh Allah. Tiada siapa yang dapat membantu dan menyelesaikan semua urusan kita di akhirat melainkan Allah SWT.

Untuk mendapat jaminan tersebut kita hendaklah berbakti kepada saudara kita yang memerlukan. Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Bantulah sekadar kemampuan yang ada. 

Jangan kecewakan mereka, jangan pentingkan diri sendiri, jangan bersikap sombong dan angkuh. Anda akan rugi di dunia di akhirat. Mungkin hari ini mereka memerlukan bantuan, entah satu masa nanti kita pula akan memerlukan bantuan tersebut.

Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.


BANK SOALAN BAHASA MELAYU

Bahan-bahan ini adalah bersumber daripada blog http://lamanbahasa.wordpress.com.

SOALAN PERCUBAAN 2012

A.  PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012
1.  PULAU PINANG -  BM 1  ,  BM 2  ,  SKEMA
2.  SBP – BM K1 , BM K2 , SKEMA
3.  PERAK – BM K1 dan K2 , SKEMA
4.  NEGERI SEMBILAN – BM K1 , BM K2 , SKEMA
5.  MELAKA – BM K1 , BM K2 , SKEMA
6.  PAHANG – BM K1 , BM K2 , SKEMA
7.  KEDAH – BM K1 , BM K2 , SKEMA
———————————————————————————————————————————————
B.  PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012
1.  PULAU PINANG – BM 1  ,  SKEMA BM 1   ,  BM 2  ,  SKEMA BM 2
2.  SBP – BM 1 , BM 2 , SKEMA
3.  TERENGGANU – BM 1 , BM 2 , SKEMA BM1  ,  SKEMA BM2
4.   KEDAH – BM 1 dan SKEMA , BM 2 dan SKEMA
5.   PERLIS – BM 1 dan BM 2 , SKEMA
6.   PERAK – BM 1 dan BM 2 , SKEMA BM1  ,  SKEMA BM 2
7.   SELANGOR -  BM 1 dan BM 2 ,  SKEMA
8.   NEGERI SEMBILAN -
9.   WILAYAH PERSEKUTUAN -
10. MELAKA -  BM 1  ,  BM 2  ,  SKEMA
11. MRSM -
12. JOHOR -
13. KELANTAN -
14. SARAWAK -
15. SABAH -
16. PAHANG -  BM 1  ,  BM 2  ,  Skema BM 1  ,  Skema BM 2
17. YAYASAN ISLAM KELANTAN -  BM 1 & BM 2 , SKEMA
————————————————————————————————————————–
SOALAN PERCUBAAN PMR 2011
1. PULAU PINANG – BM1BM2  ,  SKEMA JAWABAN
2. KEDAH – BM1 , BM2 , SKEMA
3. SBP – BM KERTAS 1 , BM 2SKEMA
4. KELANTAN – BM 1 , BM 2
5. MELAKA - KERTAS 1 , KERTAS 2 ,  SKEMA
ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – sumber Cikgu Zaki
BM KERTAS 1
BM KERTAS 2
SOALAN PERCUBAAN SPM 2011
1. PULAU PINANG -  BM1  ,  BM2  ,  SKEMA BM1  ,  SKEMA BM2
2. KEDAH – SET LENGKAP DAN SKEMA
3. SBP – KERTAS 1 , KERTAS 2 , SKEMA KERTAS 1 , SKEMA KERTAS 2
4. TERENGGANU - KERTAS 1 , KERTAS 2  ,  SKEMA
5. SABAH – KERTAS 1 , KERTAS 2
6. YAYASAN ISLAM KELANTAN – Kertas 1 , Kertas 2
7. MRSM -   BM1  BM2 , SKEMA BM1  , SKEMA BM2
8. KELANTAN – BM1 dan BM2 , SKEMA BM1 DAN BM2 
9. WP KUALA LUMPUR – BM1 dan SKEMA ,
10. JOHOR – BM1  ,  BM2  , SKEMA BM1  , SKEMA BM2
11. PERAK – BM1 dan BM2
12. NEGERI SEMBILAN – BM1 dan BM2
13. PERLIS – BM1  ,  BM2
14. PAHANG – BM1  , BM2
15.  MELAKA  -  BM1  ,  BM2  , SKEMA BM1
16.  SARAWAK ZON C  -  BM1 dan BM2 , SKEMA BM1 dan BM2
SOALAN PERCUBAAN SPM 2010:
1. PULAU PINANG – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA JAWABAN BM1 dan BM2 ,  RALAT SKEMA JAWAPAN SOALAN 2a) ii BM2
2. MRSM – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA MRSM 2010 
3. MELAKA – BAHASA MELAYU KERTAS1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA
4. SBP – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
5. JOHOR – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
6. NEGERI SEMBILAN – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
7. SABAH – BAHASA MELAYU 1 , BAHASA MELAYU 2 , SKEMA
8. TERENGGANU – BAHASA MELAYU 1 DAN 2 , SKEMA
9.  PERLIS – BM 1 , BM2
10.  KEDAH – BM K1 dan K2 , SKEMA
11.  SARAWAK – BM1 dan BM2 , SKEMA
12.  KELANTAN - BM1 , BM2 ,   SKEMA
13. KUALA LUMPUR – BM1 , BM2
14.  PERAK – BM1 , BM2 , SKEMA
15. PAHANG – BM1 , BM2 , SKEMA
16. SELANGOR – BM1 , BM2     SKEMA
————————————————————————————————————–
SOALAN PERCUBAAN PMR 2010:
1. PULAU PINANG – BAHASA MELAYU KERTAS 1 , BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SKEMA BAHASA MELAYU K1 dan K2
2. KEDAH – BM1 DAN BM2 (SKEMA)
3. MELAKA – BM1 DAN BM2 (SKEMA)
4. PAHANG – BM1 DAN BM2 (SKEMA)
5. PERLIS – BM1 DAN BM2 (SKEMA)
6. TERENGGANU – BM1 DAN BM2
————————————————————————————————————
SOALAN NEGERI MELAKA PPT 2010 - PPT BM1 & BM2 MELAKA (SKEMA)
———————————————————————————————————-
ANALISIS SOALAN SPM 2001 – 2010 (JUN):
SOALAN 1 (RUMUSAN) – ANALISIS SOALAN RUMUSAN 2001-2010
SOALAN 2 (PEMAHAMAN) -  ANALISIS SOALAN 2(b) -CERPEN/DRAMA  , 
ANALISIS SOALAN 2 (c) – Prosa Klasik,      ANALISIS SOALAN 2 (d) – PUISI.
SOALAN 3 (PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA) – ANALISIS SOALAN 3 (a) – Membina ayat ,   
ANALISIS SOALAN 3 (b) ,    ANALISIS SOALAN 3 (c) – Kesalahan Ejaan dan Imbuhan ,  
ANALISIS SOALAN 3 (d)  ,    ANALISIS SOALAN 3 (e) – Peribahasa.
SOALAN 4 (NOVEL) – ANALISIS SOALAN 4 – Novel                                                       
———————————————————————————————————-
BANK SOALAN SPM:
SOALAN TINGKATAN 4:
SET 1 :  KERTAS 1 BM T4     KERTAS 2 BM T4    SKEMA JAWAPAN SET 1 (BM2)
SET SOALAN SPM
KERTAS 1
SET 1
SET 2
SET 3
SKEMA BM 1
KERTAS 2:
SET 1  ,  Skema SET 1
SET 2 , Skema SET 2
SET 3 , Skema SET 3
SET 4 , Skema SET 4
SET 5 , Skema SET 5
SET 6 , Skema SET 6
SET 7
SET 8 , SKEMA JAWAPAN SET 7 DAN SET 8
SOALAN PERCUBAAN SPM 2007 (PULAU PINANG)
SOALAN:
Bahasa Melayu Kertas 2
Bahasa Melayu Kertas 2
SKEMA JAWAPAN BM1
SKEMA JAWAPAN BM2
SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 (PULAU PINANG)
Bahasa Melayu Kertas 1
Bahasa Melayu Kertas 2
SKEMA BM 1 2008
SKEMA BM 2 2008
SOALAN PERCUBAAN SPM 2009 :
SBP PERCUBAAN SPM 2009 BM1 & BM2
TERENGGANU BM2
SABAH – BM K1&K2 (skema)
PPINANG-BMK1 & K2     (SKEMA) BM KERTAS 1    (SKEMA) BM KERTAS 2
PAHANG – BM K1 & K2 (skema)
JOHOR – BM K1 & K2 (skema)
KEDAH – BM K1 & K2
BM-KELANTAN (SKEMA)
MRSM

Sabtu, 6 Oktober 2012

LDP DASAR DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM 2012


 Dasar Kokurikulum


 MUAT TURUN BAHAN LDP KOKURIKULUM 2012 SMK TANJONG BUNGA

CONTOH RANCANGAN TAHUNAN PERSATUAN DAN KADET 2012

NASIB GURU HARI INI...FIKIR-FIKIRKAN..




AKHLAK...







Terdapat Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia

Oleh: Ustaz Abu Basyer

Sahabat yang dirahmati Allah, Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang  dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T  yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

Terdapat tiga ciri  sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut. Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.

Huraian faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut.

Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendek kata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pemaaf.

Fiirman Allah s.w.t  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A’raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Kedua : Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Jumaat, 5 Oktober 2012

RAMAI PENGAJAR SEDIKIT PENDIDIK


     Pengajar dan pendidik.Adakah terdapat perbezaan makna bagi dua perkataan ini. Pengajar dan pendidik ialah insan yang membawa manusia mengenal sesuatu.Mengajar manusia daripada tidak tahu kepada tahu.
       Ramai mengajar sedikit mendidik.Mencari perbezaan makna dalam dua kata .Hakikatnya apabila direnung kata-kata antara mengajar dan mendidik,pastinya akan membawa kepada satu definisi baru dalam membawa manusia mengenal diri dan menyempurnakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
      ‘Pengajar dan Mengajar’ membawa manusia kepada tahu,tetapi tahu sahaja tidak cukup untuk membangkitkan kesedaran dan menggerakkan perbuatan.Hakikat mengajar tidaklah cukup sempurna dalam membawa manusia menjadi cukup ikhlas dalam penghayatan amalannya.Wilayah ‘mengajar’ juga tidak cukup luas untuk meliputi manusia agar menyedari akan hakikat ilmu yang sampai kepadanya.Mengajar mengenalkan manusia supaya “tahu” bahawa dia adalah hamba Allah tetapi masih tidak jelas dalam menyampaikan “keyakinan dan kesedaran” bahawa dia adalah “di bawah” kekuasaan Allah.
    Jadi apa yang menyampaikan manusia kepada wilayah sedar bahawa dia adalah hamba Allah.Bukankah tahu itu mengenalkan ilmu?Benar, tahu itu mengenalkan ilmu,tetapi sampai penghayatan ilmunya itu hanya terbatas di kepala bukan di hati.Itulah sebabnya di atas dunia ini masih kelihatan ramai manusia yang sanggup melakukan kejahatan walaupun tahu bahawa dia adalah hamba Tuhan.Dia sekadar tahu kerana diajar,tetapi belum masuk ke wilayah ilmu kerana dia belum sedar.
         Lalu bagaimana mewujudkan kesedaran setelah “tahu”.Melahirkan masyarakat yang ilmunya di hati bukan  semata-mata di atas kepala,yang hanya mampu memuntahkan berjuta teori di atas kertas tetapi buta dalam membezakan insan dengan lampu jalan .Halus kita salami akal budi,bawalah pengajar menjadi pendidik.,memindahkan ilmu di kepala meresap  ke hati.Mendidik itu menyampaikan ilmu jua tetapi bezanya mendidik itu mampu menjadikan tahu itu masuk ke dalam wilayah ikhlas.Menjadikan ilmu itu berbekas di dalam hati-hati manusia.Menembus tembok kekuasaan dan menakluki wilayah keredhaan Tuhan sudah semestinya bukan hanya dengan berjuta “tahu”,tetapi dengan didikan pengetahuan yang mampu menyampaikan manusia ke puncak tertinggi penghayatan iman.Itulah keikhlasan…

Moral of the story : jangan berlagak tahu semua perkara.. dan didiklah hatimu menghayati hikmah ilmu disebalik kejadian peristiwa..tahu  tanpa memahami…tetap namanya kebodohan tanpa disedari.

LEE102.