Pengajar dan
pendidik.Adakah terdapat perbezaan makna bagi dua perkataan ini. Pengajar dan
pendidik ialah insan yang membawa manusia mengenal sesuatu.Mengajar manusia
daripada tidak tahu kepada tahu.
Ramai
mengajar sedikit mendidik.Mencari perbezaan makna dalam dua kata .Hakikatnya
apabila direnung kata-kata antara mengajar dan mendidik,pastinya akan membawa
kepada satu definisi baru dalam membawa manusia mengenal diri dan
menyempurnakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
‘Pengajar
dan Mengajar’ membawa manusia kepada tahu,tetapi tahu sahaja tidak cukup untuk
membangkitkan kesedaran dan menggerakkan perbuatan.Hakikat mengajar tidaklah cukup
sempurna dalam membawa manusia menjadi cukup ikhlas dalam penghayatan
amalannya.Wilayah ‘mengajar’ juga tidak cukup luas untuk meliputi manusia agar
menyedari akan hakikat ilmu yang sampai kepadanya.Mengajar mengenalkan manusia
supaya “tahu” bahawa dia adalah hamba Allah tetapi masih tidak jelas dalam
menyampaikan “keyakinan dan kesedaran” bahawa dia adalah “di bawah” kekuasaan
Allah.
Jadi
apa yang menyampaikan manusia kepada wilayah sedar bahawa dia adalah hamba
Allah.Bukankah tahu itu mengenalkan ilmu?Benar, tahu itu mengenalkan
ilmu,tetapi sampai penghayatan ilmunya itu hanya terbatas di kepala bukan di
hati.Itulah sebabnya di atas dunia ini masih kelihatan ramai manusia yang
sanggup melakukan kejahatan walaupun tahu bahawa dia adalah hamba Tuhan.Dia
sekadar tahu kerana diajar,tetapi belum masuk ke wilayah ilmu kerana dia belum sedar.
Lalu
bagaimana mewujudkan kesedaran setelah “tahu”.Melahirkan masyarakat yang
ilmunya di hati bukan semata-mata di
atas kepala,yang hanya mampu memuntahkan berjuta teori di atas kertas tetapi
buta dalam membezakan insan dengan lampu jalan .Halus kita salami akal budi,bawalah
pengajar menjadi pendidik.,memindahkan ilmu di kepala meresap ke hati.Mendidik itu menyampaikan ilmu jua
tetapi bezanya mendidik itu mampu menjadikan tahu itu masuk ke dalam wilayah
ikhlas.Menjadikan ilmu itu berbekas di dalam hati-hati manusia.Menembus tembok
kekuasaan dan menakluki wilayah keredhaan Tuhan sudah semestinya bukan hanya
dengan berjuta “tahu”,tetapi dengan didikan pengetahuan yang mampu menyampaikan
manusia ke puncak tertinggi penghayatan iman.Itulah keikhlasan…
Moral of the story : jangan
berlagak tahu semua perkara.. dan didiklah hatimu menghayati hikmah ilmu disebalik
kejadian peristiwa..tahu tanpa memahami…tetap
namanya kebodohan tanpa disedari.
LEE102.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan