JOM BOOKCAFE

Sabtu, 6 Oktober 2012

NASIB GURU HARI INI...FIKIR-FIKIRKAN..




AKHLAK...







Terdapat Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia

Oleh: Ustaz Abu Basyer

Sahabat yang dirahmati Allah, Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang  dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T  yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

Terdapat tiga ciri  sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut. Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.

Huraian faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut.

Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendek kata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pemaaf.

Fiirman Allah s.w.t  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A’raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Kedua : Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Jumaat, 5 Oktober 2012

RAMAI PENGAJAR SEDIKIT PENDIDIK


     Pengajar dan pendidik.Adakah terdapat perbezaan makna bagi dua perkataan ini. Pengajar dan pendidik ialah insan yang membawa manusia mengenal sesuatu.Mengajar manusia daripada tidak tahu kepada tahu.
       Ramai mengajar sedikit mendidik.Mencari perbezaan makna dalam dua kata .Hakikatnya apabila direnung kata-kata antara mengajar dan mendidik,pastinya akan membawa kepada satu definisi baru dalam membawa manusia mengenal diri dan menyempurnakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
      ‘Pengajar dan Mengajar’ membawa manusia kepada tahu,tetapi tahu sahaja tidak cukup untuk membangkitkan kesedaran dan menggerakkan perbuatan.Hakikat mengajar tidaklah cukup sempurna dalam membawa manusia menjadi cukup ikhlas dalam penghayatan amalannya.Wilayah ‘mengajar’ juga tidak cukup luas untuk meliputi manusia agar menyedari akan hakikat ilmu yang sampai kepadanya.Mengajar mengenalkan manusia supaya “tahu” bahawa dia adalah hamba Allah tetapi masih tidak jelas dalam menyampaikan “keyakinan dan kesedaran” bahawa dia adalah “di bawah” kekuasaan Allah.
    Jadi apa yang menyampaikan manusia kepada wilayah sedar bahawa dia adalah hamba Allah.Bukankah tahu itu mengenalkan ilmu?Benar, tahu itu mengenalkan ilmu,tetapi sampai penghayatan ilmunya itu hanya terbatas di kepala bukan di hati.Itulah sebabnya di atas dunia ini masih kelihatan ramai manusia yang sanggup melakukan kejahatan walaupun tahu bahawa dia adalah hamba Tuhan.Dia sekadar tahu kerana diajar,tetapi belum masuk ke wilayah ilmu kerana dia belum sedar.
         Lalu bagaimana mewujudkan kesedaran setelah “tahu”.Melahirkan masyarakat yang ilmunya di hati bukan  semata-mata di atas kepala,yang hanya mampu memuntahkan berjuta teori di atas kertas tetapi buta dalam membezakan insan dengan lampu jalan .Halus kita salami akal budi,bawalah pengajar menjadi pendidik.,memindahkan ilmu di kepala meresap  ke hati.Mendidik itu menyampaikan ilmu jua tetapi bezanya mendidik itu mampu menjadikan tahu itu masuk ke dalam wilayah ikhlas.Menjadikan ilmu itu berbekas di dalam hati-hati manusia.Menembus tembok kekuasaan dan menakluki wilayah keredhaan Tuhan sudah semestinya bukan hanya dengan berjuta “tahu”,tetapi dengan didikan pengetahuan yang mampu menyampaikan manusia ke puncak tertinggi penghayatan iman.Itulah keikhlasan…

Moral of the story : jangan berlagak tahu semua perkara.. dan didiklah hatimu menghayati hikmah ilmu disebalik kejadian peristiwa..tahu  tanpa memahami…tetap namanya kebodohan tanpa disedari.

LEE102.

Khamis, 4 Oktober 2012

Ciri-ciri Pelajar yang Gagal !!!!

Bukan senang untuk berjaya tetapi bukan susah untuk gagal. Orang yang sering gagal adalah orang yang mempunyai banyak ciri kegagalan. Kadangkala seseorang itu tidak sedar dia sering melakukan sesuatu yang mengundang kegagalan. Oleh itu antara ciri kejayaan adalah dengan cara mengenal ciri kegagalan. Perhatikan ciri-ciri di bawah ini dan pastikan anda tidak mengamalkannya.

  • Mempunyai sifat malas yang merupakan musuh utama kepada kejayaan.
  • Tiada semangat atau motivasi sehingga merasakan bahawa pelajaran itu sesuatu yang payah, pahit dan menyusahkan.
  • Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan sehingga pelajaran tidak dihargai.
  • Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
  • Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Mengambil sikap sambil lewa dalam pelajaran.
  • Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
  • Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
  • Sering datang lewat ke sekolah sehingga pelajaran terganggu.
  • Selalu ponteng sekolah.
  • Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
  • Berangan-angan semasa guru mengajar di depan.
  • Sering bermain-main dalam bilik darjah.
  • Kes Buli: Antara Pembuli dan Mangsa Buli

    BUANG SEKOLAH !!!

    Oleh: Marni (Blog Marni)
    Cabaran terbesar dalam usaha membentuk sahsiah diri pelajar di sekolah bukannya datang daripada Falsafah Pendidikan Negara. Bukan daripada segala sistem yang mengawal proses pengajaran dan pembelajaran di tanah air tercinta. Bukan juga daripada pengaruh luar yang ada di sekeliling kita. Cabaran terbesar dalam usaha membentuk sahsiah diri pelajar di sekolah datangnya daripada ibubapa.
    Beberapa hari lalu, kita mendengar kisah 20 orang pelajar pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Kubang Pasu, Kedah dibuang sekolah. Ibu bapa kepada para pelajar ini bingkas bangun dan bersuara melalui media. Kononnya nasib anak mereka tidak terbela. Kononnya mereka tidak diberi peluang berbincang tentang apa yang sudah dilakukan oleh anak mereka.
    Jauh sekali pertimbangan dibuat tentang nasib pelajar yang menjadi mangsa perlakuan anak-anak mereka. Emosi siapa yang terjejas dalam kes-kes buli sebegini, mangsa atau pemangsa? Hairan, mengapa pula media mendedahkan ‘nasib malang’ pelajar yang dibuang tanpa mengambil kira nasib malang pelajar yang menjadi mangsa?

    MAJLIS SOLAT HAJAT 2012



    Situasi
    Azman sangat mnginginkan untuk mendapatkan sebuah motosikal tetapi hajatnya selalu tergendala oleh berbagai macam halangan.Rasman pula mahu melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan diploma tetapi dia berasa kurang yakin kepada dirinya.Junaidah kehilangan anaknya dan sangat-sangat berhajat agar anaknya itu dapat dikembalikan kepadanya.Mereka semua perlukan bimbingan tentang amalan apakah yang baik untuk mereka agar apa-apa yang dihajatkan dapat diperolehi.

    Tidak ada yang lebih berkuasa selain Allah,kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.Daripadanya datangnya segala kebaikan dan keburukan.Orang yang beriman ialah orang yang mempercayai segala kekuasaan Allah sementara orang yang tidak beriman pula tidak percaya terhadap kekuasaan Allah.

    Firman Allah s.w.t
    Maksudnnya:Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan solat.Seungguhnya solat itu amat berat (untuk dilakukan) kecuali kepada orang yang khusyuk.
    (Surah al-Baqarah:45)
    Daripada Abu Darda',Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
    "Sesiapa yang berwudhuk kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna maka Allah akan berikan kepadanya apa-apa yang dia minta sama ada cepat ataupun lambat."
    (Riwayat Ahmad)
    Cara-caranya
    Caranya sangat mudah sama seperti kesemua solat-solat dua rakaat yang lain.Lakukanlah solat ini pada bila-bila masa tidak kira pagi,petang atau malam selain waktu-waktu haram

    Rakaat Pertama
    1. Niat dalam hati dengan berkata."sahaja saya solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah.
    2.Takbir
    3.Baca doa Iftitah
    4.Baca Ta'awwudz
    5.Baca surah al-Fatihah
    6.Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
    7.Takbir dan Rukuk
    8.Iktidal dan bacaannya
    9.Sujud dan bacaannya
    10.Duduk dan bacaannya
    11.Sujud dan bacaannya
    12.Bangun rakaat kedua dengan takbir

    Rakaat Kedua
    1.Baca surah al-Fatihah
    2.Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
    3.Takbir dan rukuk
    4.iktidal dan bacaannya
    5.Sujud dan bacaannya
    6.Duduk dan bacaannya
    7.Sujud sesudah membaca bacaannya maka mintalah akan hajat kita.
    8.Duduk tahuyat akhir dan bacaannya.
    9.Salam penutup

    Boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari asalkan dalam satu-satu masa hanya cukup dua rakaat sahaja.Tidak ada riwayat yang sah yang dapat menyokong adanya bacaan surah atau ayat-ayat tertentu yang dibaca beberapa kali dalam solat ini sehingga menjadikannya ibadah yang susah dan berat.

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
    "Agama Islam itu mudah maka janganlah dipersulitkan."

    Semua bacaan seumpama itu rekaan yang ditetapkan tanpa ada asasnya sama sekali

    Sumber:Solat Sunat Kaitannya Dengan Keperluan Masa Kini
                :Ustaz Abdul Rahman Mohamed
                :Telaga Biru.